View: 161|Reply: 0
|
Boustead jawab isu beli ESSO
[Copy link]
|
|
Nafi mahu tutup loji penapisan di Port Dickson, berhentikan pekerja\rBOUSTEAD Holdings Bhd (BHB) berkata, ia sudah mengemukakan tawaran harga berdaya saing dalam bidaan dikemukakannya bagi membeli perniagaan hiliran ExxonMobil International Holdings Inc di negara ini.\r\n\n\n\n\rSyarikat dikuasai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) itu menjelaskan bida yang dikemukakannya kepada ExxonMobil pada Julai lalu itu meliputi cadangan membeli 65 peratus ekuiti ESSO Malaysia Bhd, 100 peratus ekuiti dalam ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd serta 100 peratus ekuiti dalam ExxonMobil Borneo Sdn Bhd.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, bagi tawaran membeli 65 peratus ekuiti ESSO Malaysia, harga dikemukakannya sudah mengambil kira kepentingan pemegang saham minoriti dengan berlandaskan harga purata saham syarikat peruncitan minyak itu bagi tempoh antara 3 Januari hingga 30 Jun lalu pada RM3.943 sesaham.\rIa turut menafikan mempunyai hasrat untuk menutup loji penapisan milik ESSO Malaysia di Port Dickson atau memberhentikan mana-mana petugasnya.\rSebaliknya, katanya, bidaan yang dikemukakan itu dibuat berdasarkan kesinambungan perniagaan, yang mana loji itu akan beroperasi seperti biasa.\r“BHB mendapati terdapat maklumat tidak tepat seperti yang dilaporkan, justeru ingin membuat penjelasan,” kata syarikat itu dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam, merujuk kepada kenyataan ExxonMobil di satu sidang akhbar pada 28 Ogos lalu.\r\n\n\n\n\rPada sidang akhbar itu, Naib Presiden ExxonMobil, Stafford T Kelly, berkata penjualan pegangannya dalam ESSO Malaysia kepada San Miguel Corp dilakukan kerana konglomerat Filipina itu menawarkan harga tertinggi iaitu RM3.50 sesaham atau RM614.25 juta berserta pakej terbaik.\rKatanya, pakej dimaksudkan itu termasuk ketersediaan San Miguel meneruskan operasi dua loji penapisan minyak syarikat itu di Port Dickson, Negeri Sembilan, sambil menjamin peluang pekerjaan buat 750 kakitangan tempatan ExxonMobil sedia ada.\rBeliau juga menjelaskan, ExxonMobil sudah melakukan proses secara terbuka serta adil, dan sudah memaklumkan kepada semua pihak berminat bahawa hanya tawaran bagi pakej keseluruhan (iaitu membabitkan ESSO Malaysia, ExxonMobil Malaysia dan ExxonMobil Borneo) akan dilayan.\rSementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika ditanya mengenai perkembangan penjualan itu berkata, kementeriannya setakat ini masih belum menerima permohonan rasmi daripada ExxonMobil perkara itu.\r“Jika kita sudah menerima permohonan itu, kementerian akan menimbang cadangan pelupusan kepentingan itu dengan teliti, dengan mengambil kira semua aspek dan kepentingan. Setakat ini kementerian belum menerima sebarang dokumen permohonan dari kedua-dua syarikat itu,” katanya ketika ditemui selepas dialog sehari antara kementeriannya dengan pengendali taman industri halal, pengendali logistik halal dan pemaju swasta di Kuala Lumpur, semalam.\rBeberapa pihak sebelum ini membantah langkah ExxonMobil menjual ekuiti dalam ESSO Malaysia itu kepada sebuah syarikat asing kerana berpendapat perniagaan peruncitan minyak yang dianggap sebagai aset strategik negara seharusnya dikuasai oleh syarikat tempatan.\rHarga yang dikemukakan syarikat Filipina itu juga menjadi isu kerana ia adalah 29 peratus lebih rendah berbanding harga ESSO Malaysia pada sesi akhir dagangan di Bursa Malaysia ketika pengumuman penjualan itu dibuat pada 18 Ogos lalu, iaitu RM4.95 sesaham.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|