CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

Gaddafi dikepung penentang

[Copy link]
Post time 8-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
TRIPOLI: Penyokong kerajaan baru Libya berjaya mengepung kedudukan Muammar Gaddafi dan bekas pemimpin mereka itu cuma menunggu masa untuk ditangkap atau terbunuh, kata jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), semalam.\rAnis Sharif tidak menyebut di mana Gaddafi ditemui tetapi berkata dia masih di Libya dan dikesan menggunakan teknologi tinggi dan sumber perisikan.\r\n\n\n\n\r“Dia tidak dapat keluar,” kata Sharif,  yang  menambah pemberontak sudah bersedia sama ada untuk menahan atau menangkapnya.  Gaddafi terperangkap dalam lingkungan 60 kilometer kawasan yang dikepung pemberontak, katanya.\r\r\n\n\n\n\nMengesan Gaddafi akan membantu mengukuhkan kedudukan pemerintah baru negara itu. Pengumuman dibuat selepas konvoi kumpulan yang setia dengan bekas pemimpin itu, termasuk ketua pasukan keselamatannya, melarikan diri merentasi Sahara ke Niger dalam langkah yang diharapkan pemberontak dapat membawa kepada kejayaan merampas kubu kuat terakhirnya.\rSebahagian pemberontak menyifatkan usaha melarikan diri ke Niger sebagai pemergian beramai-ramai penyokong paling kuat Gaddafi tetapi maklumat sah mengenai bilangan dan identiti mereka yang meninggalkan negara itu sukar disebabkan keluasan padang pasir melebihi 1,600 kilometer.\rDi ibu negara Niger, Niamye, jurucakap presidennya, Massoudou Hassoumi, berkata ketua keselamatan Gaddafi menyeberangi padang pasir ke Niger diiringi oleh pemberontak Tuareg, Isnin lalu.\rKerajaan Niger mengerah konvoi tentera untuk mengiringi Mansour Dao, bekas komander Pengawal Revolusi Libya yang juga sepupu Gaddafi selain pegawai yang rapat dengannya, ke Niamey.\r\n\n\n\n\rDao ialah satu-satunya tokoh kanan Libya yang memasuki Niger, kata Hassoumi, yang menafikan laporan Gaddafi atau anggota keluarganya berada dalam konvoi itu.\rHassoumi berkata, sekumpulan sembilan orang termasuk beberapa ahli perniagaan pro-Gaddafi, selain Agaly ag Alambo, ketua pemberontak Tuareg dari Niger yang mengetuai kebangkitan yang gagal di utara negara itu sebelum menyeberang ke Libya, dan dipercayai bertempur untuk Gaddafi.\rJurucakap Jabatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland, memberitahu wartawan: “Kami tiada bukti menunjukkan Gaddafi berada di tempat lain selain Libya buat masa ini.”\rSejak kejatuhan Tripoli bulan lalu ke tangan pemberontak, kumpulan yang setia kepada Gaddafi dilihat menyeberangi sempadan padang pasir yang memisahkan Libya dengan Niger. Ia termasuk pejuang Tuareg yang juga rakyat Niger dan negara jirannya, Mali, yang bertempur bagi pihak Gaddafi. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.043788 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list