CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

Ulang tahun serangan 9/11 diancam bom

[Copy link]
Post time 10-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Banjir landa kawasan timur AS, California tiada bekalan elektrikNEW YORK: Bandar raya ini kelmarin mengerahkan tambahan anggota polis termasuk pegawai lengkap bersenjata selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat memberi amaran ancaman bom menjelang ulang tahun ke-10 serangan 11 September 2001 esok.\r“Ada maklumat perisikan mengenai wujudnya ancaman, tetapi tidak dapat disahkan,” kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, ketika Rumah Putih mengesahkan Presiden Barack Obama mengarahkan usaha anti-keganasan dipertingkatkan.\r\n\n\n\n\r“Kami sudah mengambil semua langkah diperlukan bagi mencegah sebarang ancaman yang muncul,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.\r\r\n\n\n\n\nPegawai persekutuan di Washington, yang enggan dikenali berkata ada ancaman pengganas potensi termasuk kenderaan dipenuhi bom yang disasarkan sama ada di ibu kota itu atau bandar ini.\rBeberapa perincian diberi, namun seorang pegawai Amerika memberitahu AFP, sebuah bom kereta “berada dalam senarai teratas apa yang kami akan cari.”\r“Ada cukup maklumat yang khusus dan sah yang anda perlu memburunya,” kata pegawai menambah, “Saya menegaskan perkara ini masih belum disahkan.”\rWalaupun tiada perubahan segera terhadap paras ancaman rasmi negara, pihak berkuasa bandar raya ini segera mengumumkan langkah kawalan tambahan.\r\n\n\n\n\rJabatan polis “mengerahkan sumber tambahan, sesetengah yang anda sedari dan sesetengahnya tidak,” kata Datuk Bandar Michael Bloomberg kepada media.\rPesuruhjaya polis bandar Raymond Kelly memberitahu sidang media bahawa langkah itu termasuk polis “terlatih dengan senjata berat diletakkan di luar Manhattan untuk bersedia.”\rKelly berkata tambahan masa bekerja  dilaksanakan di sekitar bandar raya ini, dengan pemeriksaan ke atas feri, terowong, jambatan dan mercu tanda, kata Kelly.\rSementara itu di WILKES-BAR-RE, hujan tanpa henti akibat sisa Ribut Tropika Lee menyebabkan banjir besar di timur Amerika Syarikat kelmarin, memaksa perpindahan kira-kira 130,000 orang di Pennsylvania, New York dan Maryland.\rPesuruhjaya Luzerne County Stephen Urban berkata  kira-kira 65,000 orang dipindahkan dari daerah itu berikutan ancaman paras air  sungai Susquehanna yang semakin meningkat.\rSekurang-kurangnya tiga orang maut di Pennsylvania akibat banjir. Hujan lebat berlaku akibat sistem cuaca yang terdahulu menenggelami Pantai Teluk Amerika dan menguji pertahanan banjir di New Orleans.\rDi SAN DIEGO, gangguan bekalan elektrik secara besar-besaran akibat ‘kegagalan manusia’ menyebabkan hampir lima juta penduduk di beberapa bahagian California, Arizona dan Mexico terpaksa bergelap kelmarin manakala pihak berkuasa berkata daripada mereka mungkin bercuti selama sehari atau lebih.\rGangguan berlaku selepas seorang kakitangan melakukan satu prosedur di sebuah sub stesen di Arizona, menyesakkan lalu lintas di lebuh raya California Selatan, menghentikan bekalan air di beberapa bahagian daerah San Diego dan Tijuana serta menyebabkan penduduk berusia dikejarkan ke bilik kecemasan.\rLapangan Terbang Antarabangsa San Diego membatalkan semua penerbangan keluar, lalu lintas terhenti ketika lampu isyarat bandar tidak bernyala dan kira-kira 70 orang terpaksa diselamatkan oleh jabatan bom kerana lif terhenti. – AFP/Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.043376 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list