CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Tiada lagi simpati untuk Amerika

[Copy link]
Post time 11-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KAHERAH: Satu dekad selepas meraih sokongan besar berikutan tragedi 9/11, Amerika Syarikat kembali menjadi sasaran kemarahan dunia atas dasar antipengganasnya dan pencerobohan di negara Islam.\rKemarahan kami tidak berkurangan tetapi semakin memuncak berbanding 10 tahun lalu. Saya rasa Amerika memulakan semua peperangan ini untuk mengalih perhatian rakyat daripada masalah dalaman mereka. Semua orang tahu hal ini, kata graduan  universiti di Beijing, Luo Ruxi kepada akhbar Washington Post.\r\n\n\n\n\rKenyataan Ruxi menunjukkan sentimen anti-Amerika kian menebal di beberapa negara.\r\r\n\n\n\n\nPentadbiran Presiden George W Bush, mengarahkan pencerobohan ke atas Afghanistan pada 2001 untuk menggulingkan rejim Taliban dan sekutunya al-Qaeda yang mendakwa mendalangi 9/11.\rDua tahun kemudian, Amerika menceroboh Iraq atas dakwaan menyimpan senjata pemusnah besar dan mempunyai kaitan dengan al-Qaeda, dua tuduhan yang terbukti tidak berasas.\rWashington  mula menyeksa suspek keganasan, menahan sesiapa saja yang disyaki dan memenjarakan mereka di Guantanamo, Iraq dan Afghanistan.\rNamun, pencerobohan ke atas dua buah negara Islam dan dasar luar Amerika mula mengurangkan simpati dunia terhadap Washington.\r\n\n\n\n\rMereka sepatutnya mengebom Rumah Putih dan bukan Pusat Dagangan Dunia, kata penerbit filem, Zhang Linna, 25, yang masih menuntut di sekolah menengah pada 2001.\rKajian  Pusat Penyelidikan Pew mendapati, perasaan benci terhadap Amerika begitu meluap di kalangan rakyat Mesir dan Pakistan.\rPelbagai pihak berharap Amerika  lebih memahami dunia luar selepas serangan 9/11, malangnya  tiada tanda ia akan menjadi kenyataan. Antara yang mengharapkan perubahan ialah Douglas Sidialo dari Kenya.\rDia hilang kerja sebagai eksekutif pemasaran selepas  buta akibat terkena serpihan kaca dan peluru dalam letupan di kedutaan Amerika di Nairobi pada 1998.\rApa yang kita bayangkan ialah rakyat Amerika akan mempunyai perasaan lebih simpati, lebih prihatin untuk menyokong mangsa di Kenya yang terpaksa hidup miskin, mengalami masalah kewangan dan   trauma. Namun, walaupun sudah 10 tahun berlalu, masih tiada perubahan, katanya.\rWalaupun Amerika menyumbangkan jutaan dolar kepada Kenya dan negara Afrika untuk menentang keganasan, ia kurang membantu menangani kemiskinan di negara terbabit.\rNasib sama dihadapi Mohabeb Khan, pendatang Afghanistan yang berhijrah ke Pakistan untuk lari daripada Taliban. \rDia yang bekerja sebagai tukang jam  kembali ke Afghanistan selepas Amerika menceroboh negara itu dengan harapan dapat memperbaiki kehidupan keluarganya.\rNamun 10 tahun kemudian Khan amat menyesali keputusannya kembali ke Afghanistan apabila anak lelakinya yang bekerja sebagai penterjemah dengan tentera Amerika terbunuh dalam serangan bom pada 2009.\rAmerika tidak tahu buat baik dengan orang lain. Kami buat kesilapan paling besar pulang ke Afghanistan, katanya. - Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.052933 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list