CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

192 maut feri karam

[Copy link]
Post time 11-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
STONE TOWN: Sekurang-kurangnya 192 orang lemas semalam apabila sebuah feri karam dalam keadaan laut bergelora di perairan timur Afrika ketika dalam perjalanan dari Zanzibar ke pulau Pemba, tragedi terburuk dalam sejarah rantau itu.\rBot nelayan dan sampan membawa mangsa feri MV Spice yang terselamat ke pantai dan ramai penduduk menyambut mereka untuk mencari sanak saudara yang mungkin  terkorban.\r\n\n\n\n\rDokumen kapal menunjukkan ia dalam perjalanan dari Unguja ke kepulauan Pemba  membawa lebih 600 penumpang, kata Pesuruhjaya Polis Zanzibar, Mussa Alli Mussa,\rZanzibar juga dikenali sebagai Unguja. Zanzibar dan Pemba adalah dua pulau utama di kepulauan Zanzibar dan menjadi destinasi popular yang mengunjungi pantainya dekat Lautan Hindi. Zanzibar adalah  wilayah separuh autonomi di Tanzania. Sehingga ini, 606 penumpang  diselamatkan. \r\n\n\n\n\n\rKami juga sambut beberapa mayat tetapi tidak dapat beritahu  jumlah keseluruhan yang maut, kata Mussa.\rPuluhan askar membawa mayat ke tepi pantai  dipenuhi  orang ramai yang mencari sanak saudara mereka.\rBeberapa trak tentera membawa mayat ke  padang bola sepak Maisara di Stone Town dipenuhi ribuan orang yang menunggu untuk mengecam identiti mangsa.\rRamai daripada kami sampai di sini pada 2.30 pagi. Kami hantar beberapa bot mencari mangsa tetapi tidak menemui mereka  selepas feri karam, kata Suleiman Amis, 32, yang bekerja dengan  agensi bot pelancongan tempatan.\rPendaftar kapal Zanzibar, Abdual Said, berkata MV Spice memiliki lesen membawa 600 penumpang. Pemba terletak 40 kilometer dari Zanzibar.\rPenumpang yang selalu menaiki feri untuk berulang alik di antara dua pulau itu menyifatkan kapal berkenaan perlu diperbaiki dan sering membawa lebih muatan.\rMereka biasa membiarkan penumpang bersesak seperti dalam tin sardin. Sebab itu, saya bimbang kejadian kali ini bencana besar, kata seorang penduduk, Mwnakhamis Juma. \rAda saksi berpendapat kemungkinan angka kematian meningkat.\rKami masih menerima mayat. Jadi, angka kematian tentu lebih besar, kata seorang doktor, Karim Zah di Hospital Mnazi Mmoja, di sini.  Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.318697 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list