|
Artis Indonesia ini yakin bakat lebih teruji apabila berlakon filemHARDY HARTONO mungkin masih asing di kalangan penonton drama tempatan. Namanya masih belum sehebat Baim Wong yang kerap menghiasi saluran televisyen tempatan dengan membintangi satu demi satu drama panjang siaran televisyen, terbitan negara seberang.\n\n\n\nDrama lakonannya yang pernah ditayangkan di saluran TV9 ialah Aqso dan Madina, tetapi mungkin tidak ramai mampu mengingati wajahnya kerana dia bukan pemegang peranan utama.\n\n\n\n\n\nKehadiran jejaka berusia 27 tahun ini ke Malaysia pada Ramadan yang lalu pula bukanlah untuk mempromosikan drama bersiri terbaru lakonannya, sebaliknya dia ke ibu kota kerana terbabit dalam produksi tempatan milik pengarah wanita tersohor, Erma Fatima. Dia sendiri tidak tahu menahu bagaimana wanita berkenaan mengenali dirinya kerana semua perkara berhubung tawaran untuk membintangi drama episod Kitab Cinta yang sudah pun disiarkan TV AlHijrah itu ialah hasil perbincangan pengurusnya bersama pengarah dan penerbit itu.Ujar jejaka kacukan Belanda-Indonesia yang dilahirkan di England ini, dia tidak pernah mempunyai hasrat untuk mengembangkan namanya di sini. Tawaran yang disogokkan Erma diterima sebagai satu percubaan saja.“Saya setuju untuk menerima tawaran daripada Erma kerana tertarik dengan jalan cerita drama itu, begitu juga dengan watak Wali sebagai seorang pengembala kambing. Selepas membaca skripnya, saya terfikir sendiri, kenapa tidak dicuba saja watak terbabit.“Kesempatan bertemu dengan Erma memberi peluang kepada saya untuk lebih mengenali dirinya. Saya selesa bekerja dengannya kerana dia memberi kebebasan kepada setiap pelakon untuk meneroka watak diberikan. \n\n\n\n“Cuma orangnya di luar set dan di dalam set sangat berbeza. Dia seorang yang serius dan agak garang ketika bekerja. Tetapi hubungan kami baik, tidak seperti majikan dengan pekerja, sebaliknya lebih kepada hubungan seperti adik-beradik,” kata Hardy.Sepanjang menjalani penggambaran drama Kitab Cinta selama dua minggu di Acheh, Indonesia, jejaka yang dibesarkan di Jakarta ini berpeluang berkenalan dengan pelakon wanita terkenal, Nur Fazura, yang digandingkan dengannya dalam drama itu.Sikap Fazura yang mudah didekati, menurut Hardy, mewujudkan keserasian antara mereka, yang memudahkan lagi kedua-duanya untuk menghidupkan watak masing-masing. Hardy yang sudah lebih enam tahun bergelumang dalam dunia lakonan bagaimanapun berkata, dia tidak mengharapkan sebarang tawaran daripada produser tempatan yang lain setelah terbabit dalam projek tempatan itu. Namun, andai ada yang berminat, mungkin dia akan mempertimbangkan undangan berkenaan.Sepanjang bergelar pelakon juga, jejaka yang lebih gemar menyendiri jika ada kelapangan ini hanya pernah membintangi tiga drama panjang. Pada waktu sama, dia turut mengambil peluang berlakon filem untuk menimba pengalaman.Kedua-dua medium itu jelasnya mempunyai jurang yang besar. Kata Hardy, jika untuk dikenali tanpa benar-benar ingin mencabar diri sebagai seorang pelakon, drama panjang ialah tempatnya, selain bayarannya yang lumayan berikutan komitmen seseorang artis untuk ratusan episod.“Namun jika ingin menguji kemampuan diri sebagai pelakon, serta benar-benar mahu bakat dinilai masyarakat, filem menjadi platform paling baik.“Saya tidak mahu terlalu selesa dengan platform drama panjang. Memang berlakon drama panjang membolehkan kita menerima bayaran yang lumayan, tetapi bakat lakonan tidak cukup teruji. Kalau boleh saya mahu menjadi pelakon yang versatil.“Saya pernah membintangi filem Pengantin Topeng serta beberapa filem lain. Cuma saya masih belum berpuas hati dengan hasil lakonan saya. Saya akan pastikan untuk berlakon dengan lebih baik pada masa depan dan cuba menimba sebanyak mungkin pengalaman,” kata Hardy yang turut muncul dalam telefilem Kitab Cinta pada hari raya lalu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|