View: 204|Reply: 0
|
Bah di Pakistan kian meruncing
[Copy link]
|
|
KARACHI: Dunia didakwa mengabaikan krisis kemanusiaan yang semakin teruk di wilayah Sindh, Pakistan apabila banjir tahun kedua itu memaksa lebih dua juta penduduk meninggalkan rumah masing-masing, memusnahkan tanaman dan menyebabkan berjuta-juta penduduk berisiko mendapat penyakit berjangkit, kata agensi bantuan dan pemimpin politik tempatan.\rDianggarkan 300 orang mati dalam tempoh tiga bulan berikutan musim hujan yang memusnahkan 400,000 kediaman, dan menyebabkan lebih dua juta penduduk mengalami malaria, hepatitis dan penyakit berjangkit lain.\r\n\n\n\n\rKira-kira 70 peratus daripada sejuta penduduk tinggal di kawasan perlindungan sementara tujuh ribu penduduk dilaporkan diancam ular air.\r\r\n\n\n\n\nSebanyak 22 daripada 24 daerah dilaporkan ditenggelami banjir dengan 10 daripadanya serius termasuk berjuta-juta penduduk mengalami nasib sama dan dipindahkan kira-kira setahun lalu.\rLebih 21 juta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka dalam kejadian banjir 2010 yang menyebabkan satu perlima kawasan di Pakistan dilanda banjir dan lebih 1,000 penduduk meninggal dunia.\rMenurut agensi bantuan, kesan banjir tahun ini adalah lebih buruk berbanding tahun lalu kerana kebanyakan mangsa terpaksa meninggalkan kediaman mereka dua kali berturut-turut tetapi bantuan antarabangsa dilaporkan terlalu perlahan, mengancam penduduk.\rPendapat kami adalah ia sudah sedia buruk berbanding tahun lalu, bukan kerana bilangannya tetapi kesan terhadap penduduk yang sudah sedia terjejas berikutan banjir besar tahun lalu, kata Pengarah Oxfam Pakistan, Neva Khan. \r\n\n\n\n\rSetakat ini usaha bantuan agensi antarabangsa di ketuai Pakistan belum dapat menyelaraskan sumbangan dan bantuan kerajaan. \rNamun, beliau menggesa penyumbang individu dan kumpulan bantuan segera membantu sebelum keadaan lebih teruk. - Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|