View: 171|Reply: 0
|
Malaysia pusat pengedaran TCM
[Copy link]
|
|
Labur RM8j kukuh rangkaian di Asia\rHITACHI Construction Machinery Corporation, menerusi anak syarikat milik penuhnya, TCM Corporation yang terbabit dalam industri logistik memilih Malaysia sebagai pusat pengedaran rantau Asia Tenggaranya menerusi pembentukan syarikat usaha sama, TCM Forklift (M) Sdn Bhd.\r\n\n\n\n\rFirma berpangkalan di Osaka, Jepun itu memperuntukkan sekitar 200 juta yen (kira-kira RM8 juta) sebagai perbelanjaan modal dalam tempoh tiga tahun untuk mengukuhkan rangkaian pengedaran syarikat usaha sama itu.\r\r\n\n\n\n\nTCM Malaysia akan terbabit dalam perniagaan menjual jentera pengangkut baru dan terpakai, perkhidmatan sewaan jentera, jualan alat ganti perkhidmatan selepas jualan.\rPresiden dan Pengarah Perwakilan TCM Corporation, Hideo Arahata, berkata pemilihan Malaysia sebagai lokasi pusat pengedaran serantau kumpulan berikutan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi mapan serta perkembangan sektor perindustrian.\r“Jumlah syarikat dari Jepun yang beroperasi di sini juga membuktikan kepercayaan pelabur terhadap daya saing ekonomi Malaysia berbanding negara serantau lain,” katanya pada pelancaran syarikat usaha sama itu di Shah Alam, semalam.\rTCM Corporation menguasai 70 peratus kepentingan syarikat usaha sama itu, manakala bakinya syarikat tempatan, Megdale Industry.\r\n\n\n\n\rSyarikat itu mula beroperasi April lalu menerusi ibu pejabatnya di Shah Alam.\rIa kini mempunyai dua cawangan masing-masing di Prai serta Johor Bahru dan merancang membuka lima lagi cawangan dalam tempoh lima tahun ini di kawasan perindustrian utama iaitu Kuantan, Ipoh, Sibu, Miri dan Tawau.\rJenama TCM sebelum ini diedarkan di Malaysia oleh Scott & English (Malaysia) Sdn Bhd, iaitu anak syarikat konglomerat DRB-Hicom.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|