CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

Yaman bergolak hari ke-3

[Copy link]
Post time 21-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
60 terbunuh pertempuran penyokong, penentang antikerajaan\rSANAA: Bedilan dan pertempuran menyebabkan tujuh orang lagi maut di Yaman menjadikan jumlah kematian meningkat sehingga 60 orang sejak Ahad lalu apabila penunjuk perasaan membanjiri jalan di kota Sanaa.\r\n\n\n\n\r   Pertumpahan darah berterusan ketika wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di Yaman, Jamal Benomar  dan Ketua Majlis Kerjasama Teluk GCC), Abdullatif  al-Zayani tiba di Sanaa, bagi memindahkan kuasa daripada Presiden Ali Abdullah Saleh kepada timbalannya.\r\r\n\n\n\n\n  “Tujuh orang, empat orang awam dan tiga askar Briged Bersenjata Pertama terbunuh,” kata pegawai perubatan merujuk kepada unit tentera penentang antikerajaan diketuai Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar.\rSaksi berkata, anggota keselamatan menembak penunjuk perasan yang berkhemah di luar Jalan Al Zubair, berdekatan Medan Pembaharuan, pusat protes antikerajaan di Sanaa.\rPenunjuk perasaan bertindak balas dengan membaling batu ke arah pasukan keselamatan yang bertindak balas dengan melepaskan tembakan, kata saksi.\rDua kanak-kanak, Anas dan Louay al-Suaidi, kena tembakan curi ketika berada dalam kereta bersama ibu bapa mereka.\r\n\n\n\n\rPada Ahad lalu, puluhan ribu penunjuk perasan berarak dari Medan Pembaharuan ke tengah ibu negara yang berakhir dengan kekacauan apabila tembakan dilepaskan pasukan keselamatan di jalan al Zubair, berdekatan pejabat anak lelaki Saleh, Ahmed yang juga ketua Unit Pengawal Republikan.\rSaksi berkata, penunjuk perasaan disembur dengan meriam air dan gas pemedih mata serta dipukul dengan belantan sebelum pasukan keselamatan melepaskan tembakan mesingan.\rAnggota perubatan melaporkan, 26 terbunuh dan 500 lagi cedera akibat pukulan belantan atau terhidu gas pemedih mata dalam pertempuran Ahad lalu.\rAwal kelmarin pula, ribuan penunjuk perasan berarak dari Medan Pembaharuan untuk menyertai puluhan ribu lagi pembantah yang berkhemah di Jalan al Zubair selepas pertempuran berdarah sehari sebelum itu.\rDua penunjuk perasaan turut terbunuh di bandar Taez, selatan Sanaa, kata saksi. Agensi berita kerajaan Saba melaporkan wakil PBB, Benomar tiba kelmarin di Sanaa sementara pegawai lapangan terbang memberitahu, Setiausaha Agung GCC, Abdullatif  al-Zayani juga sudah ke kawasan bergolak ibu negara.\rDiplomat Barat di Sanaa memberitahu yang acara menandatangani dokumen penyerahan kuasa mengikut tajaan PBB berlangsung Isnin.\rPegawai tertinggi Arab Saudi memberitahu Sabtu lalu, Timbalan Presiden, Abdrabuh Mansur Hadi akan menandatangani inisiatif Teluk dalam tempoh seminggu.\rSaleh yang memerintah Yaman sejak 1978, kini dalam proses pemulihan di Arab Saudi selepas terselamat akibat serangan 3 Jun di perkarangan kediamannya tetapi sehingga kini enggan menyerahkan kuasa kepada timbalannya atau menandatangani Inisiatif Teluk.\rKeengganannya mencetuskan kemarahan penaja rancangan Teluk bersama banyak lagi komuniti antarabangsa, bimbang dengan kejatuhan politik di Yaman yang akan memberi laluan kepada al-Qaeda untuk menguasai negara itu. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047122 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list