View: 201|Reply: 0
|
Cypark, LG majukan industri solar
[Copy link]
|
|
CYPARK Resources Bhd (Cypark), syarikat teknologi dan kejuruteraan alam sekitar tempatan, memantapkan lagi kedudukannya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE) apabila membentuk pakatan strategik dengan konglomerat elektronik terbesar dunia, LG Electronic untuk membangunkan Malaysia sebagai hab perniagaan solar serantau. \rMenerusi pakatan itu, kedua-dua syarikat itu akan bekerjasama meneroka beberapa inisiatif berkaitan teknologi solar serta meninjau peluang perniagaan lain termasuk pelaksanaan beberapa projek berkaitannya di Malaysia dan Asia Tenggara.\r\n\n\n\n\r Pengerusi Cypark, Tan Sri Razali Ismail, berkata industri RE di negara ini mencatatkan pertumbuhan dan potensi memberangsangkan, sekali gus meyakinkan kedua-dua syarikat itu untuk bekerjasama bagi melebarkan perniagaan di peringkat Asia Tenggara dan global.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, Cypark mempunyai kepakaran dan pengalaman mengubah pusat pelupusan sampah menjadi taman RE, manakala LG adalah antara konglomerat elektronik terbesar dunia yang berpengalaman luas dalam industri solar photovolataic (PV). \rLG juga adalah rakan teknologi serta kontraktor pemasangan utama Cypark dalam projek ladang solar miliknya di Pajam, Negeri Sembilan.\rAntara bidang kerjasama kedua-dua syarikat, termasuk menubuhkan pusat R&D di Negeri Sembilan dan memfokuskan terhadap kemudahan solar skala besar.\rSehubungan itu, syarikat berhasrat untuk memperhebatkan keupayaan R&D, terutama teknologi yang sesuai untuk cuaca tropika, katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Cypark dan LG di Seremban, semalam.\r\n\n\n\n\rPada majlis itu, kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan surat pajakan tanah Taman RE di Pajam dekat Seremban kepada Cypark dan perjanjian pembiayaan kewangan sebanyak RM75 juta antara HSBC Amanah Malaysia dan Cypark.\rHadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden Solar Worldwide LG, C S Chung dan Ketua Eksekutif HSBC Amanah Malaysia, Rafe Haneef.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|