CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Tiket muzikal Nora laris

[Copy link]
Post time 29-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
HARI ini, muzikal terbaru daripada Enfiniti Media Vision akan membuka tirai persembahannya di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Andainya debaran peminat yang teruja untuk menyaksikan kehebatan muzikal terbabit semakin kencang, tentunya getaran di jiwa tenaga produksi pementasan ini lebih kuat lagi dirasakan.\rBegitupun, pastinya kerisauan itu sedikit terubat apabila tempahan tiket menyaksikan muzikal terbabit cukup menggalakkan. Sejak jualan dibuka, orang ramai tidak putus-putus membuat tempahan agar tidak terlepas menonton persembahan penuh warna, irama dan aksi itu nanti. \r\n\n\n\n\rPihak produksi juga dikatakan mengadakan persiapan rapi bagi menerima kehadiran peminat yang pastinya membanjiri dewan persembahan, selama 18 hari The Secret Life of Nora dipentaskan.\r\r\n\n\n\n\nYakin dengan sambutan daripada penonton, teater muzikal itu dijangka bakal melakarkan sejarahnya tersendiri selepas kejayaan pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan P Ramlee.\rBagi Ketua Pemasaran dan Komunikasi produksi terbabit, Fauzia Sultan, sambutan orang ramai terhadap muzikal berkenaan amat memberangsangkan berdasarkan jualan tiket. Namun begitu, bagi mereka yang ingin sama menyaksikannya, peluang berbuat demikian masih ada, dengan mendapatkan tiket yang dijual secara atas talian mahupun di kaunter tiket Istana Budaya.\r“Alhamdulillah sambutan yang kami terima sehingga kini amat memberangsangkan dan penjualan tiket sangat cepat, terutama pembelian secara atas talian.\r“Sekarang kami sedang membuat persiapan terakhir dari segi pelakon, pentas dan kostum. Raptai penuh pementasan akan dilakukan Rabu ini (semalam),” katanya.\r\n\n\n\n\rFauzia ditemui pada majlis cabutan bertuah bagi memilih 36 pembaca akhbar Berita Harian dan The New Straits Times yang menyertai peraduan teater muzikal terbabit. Majlis ringkas berkenaan berlangsung di Balai Berita, Isnin lalu.\rMalah, tiket juga masih dibuka kepada syarikat korporat dengan potongan harga menarik di samping potongan harga kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.\r“Kita sediakan pakej menarik buat pelajar sama ada pelajar sekolah atau IPT bagi memberi pendedahan dan pendidikan kepada mereka mengenai dunia teater.\r“Kita turut menawarkan pakej istimewa iaitu bagi setiap pembelian 10 tiket, dua tiket percuma akan diberikan,” jelasnya.\rPembaca bertuah dua akhbar terbabit yang juga media rasmi muzikal berkenaan bukan saja menerima sepasang tiket untuk menyaksikan pementasan itu, bahkan mereka bakal membawa pulang hadiah menarik lain.\rNamun, nama pemenang dan hadiah yang bakal dimenangi mereka akan diumumkan pada 3 Oktober depan pada sebuah majlis lain.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.073391 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list