View: 74|Reply: 0
|
Yingluck miliki harta bernilai RM55.07 juta
[Copy link]
|
|
Pengisytiharan dibuat bendung amalan rasuah\rBANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mempunyai aset bernilai 541 juta baht (RM55.07 juta) jauh lebih sedikit berbanding kekayaan yang dimiliki abangnya Thaksin yang kini tinggal dalam buangan selepas digulingkan.\r\n\n\n\n\rSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan Thailand melaporkan, anak lelaki Yingluck yang berusia sembilan tahun pula memiliki kekayaan berjumlah 4.4 juta baht (RM448,731) manakala suami beliau mengisytiharkan harta berjumlah 76.8 juta baht (RM7.83 juta) selain hutang sebanyak 369.7 (RM37.72 juta). \r\r\n\n\n\n\nYingluck dan menteri kabinetnya, diarah mengisytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan dalam tempoh sebulan selepas menyandang jawatan dalam usaha negara itu membendung amalan rasuah.\rMereka juga dikehendaki melakukan perkara sama, ketika meninggalkan atau meletakkan jawatan.\rDifahamkan, sesiapa yang didapati mengemukakan maklumat palsu akan dilarang daripada menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan untuk tempoh hingga lima tahun.\rBekas perdana menteri Abhisit Vejjajiva yang tewas pada pilihan raya Jun lalu melaporkan peningkatan hartanya sebanyak 3 juta baht (RM306,351) ketika menyandang jawatan selama lebih dua tahun, menjadikan keseluruhan kekayaan beliau 54 juta baht (RM5.5 juta).\r\n\n\n\n\rYingluck yang memiliki aset dalam hartanah dan pelaburan, bagaimanapun bukanlah pemimpin paling kaya dalam kabinetnya, sebaliknya Menteri Sains dan Teknologi Plodprasop Suraswadi adalah ahli politik terkaya dengan harta bernilai 963 juta baht (RM98.2 juta).\rSebelum dilantik sebagai perdana menteri, Yingluck adalah presiden firma hartanah Thailand, SC Asset Corp dan sebelum itu menyandang beberapa jawatan di dalam empayar perniagaan milik abangnya.\rPada Februari 2010, Mahkamah Agung Thailand merampas harta Thaksin berjumlah AS$1.4 bilion (RM6.93 bilion), iaitu lebih separuh harta kekayaannya, kerana menyalahgunakan kuasa.\rThaksin, bekas jutawan telekom yang tinggal dalam buangan, terus menjadi tokoh yang mempunyai pengaruh besar di Thailand, walaupun selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan rasuah tanpa hadir pada 2008.\rKumpulan Baju Merah yang menjadi penyokong setia beliau, mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok tahun lalu, sehingga menyebabkan keganasan terburuk dan mengakibatkan lebih 90 orang terbunuh. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|