CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

Sastera.com: Tujuh kumpulan cerpen ke peringkat akhir

[Copy link]
Post time 4-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
LAMAN web Bangkok Post: Arts & Culture di alamat www.bangkokpost.com menyenaraikan tujuh kumpulan cerpen dari Thailand yang disenarai untuk peringkat akhir penilaian Anugerah Penulisan Asia Tenggara SEA 2011.\rTujuh finalis yang disenarai pendek daripada 20 kumpulan cerpen selepas disaring daripada 83 buku yang diterima oleh urus setia itu, menampilkan kepelbagaian tema.\r\n\n\n\n\rUrus Setia Anugerah Penulisan SEA 2011 mengumumkan senarai peringkat akhir itu pada Selasa lalu, sebelum disiarkan oleh Bangkok Post pada keesokan harinya.\r\r\n\n\n\n\n“Penyertaan pada tahun ini memperlihatkan kepelbagaian kandungan, tetapi masalah sosial masih menjadi tema pilihan seperti perbezaan politik dan kesan pembangunan.\r“Pada tahun ini, pengarang tempatan juga memperluaskan sudut pandangan mereka dengan mengambil kira negara jiran dan lebih terbuka terhadap perbezaan warga negara dan jantina,” Urus Setia Anugerah Penulisan SEA 2011 dipetik berkata.\rUrus setia itu berkata, sebahagian besar buku yang disenarai pada peringkat akhir mengambil pendekatan penceritaan secara tradisional, tetapi ada juga yang menggunakan gaya eksperimen.\r“Pendekatan segar itu memeriahkan latar sastera tempatan meskipun kebanyakan pengarang terbabit masih bergelut untuk mencari suara yang tersendiri,” urus setia itu dipetik berkata dalam laman terbabit.\r\n\n\n\n\rKumpulan cerpen yang disenaraikan ialah 24 Ruang San Khong Fah atau 24 Short Stories of Fah karya Fah Poonvoralak; Rueng Khong Rueng/What\'s in a Tale atau (Pichedsak Popayak) dan Daed Chao Ron Kern Kwa Ja Nang Jip Kafair/Too Hot to Sip Coffee under the Morning Sun (Jaded Kamjorndet).\rSelain itu, buku yang berjaya ke peringkat akhir juga ialah Kradook Kong Kwam Luang atau The Backbone of Deception karya Rewat Panpipat; Nimit Wikarn/Twilight Images (Anusorn Tipayanon); Parbpayont Tee Tai Tam Talot Chewit/Filming for Life (Jakkapan Kangwan) dan Bandai Krajoek (Watn Yuangkaeo).\rKumpulan cerpen Fah mengungkapkan kisah harian rakyat biasa yang menyelongkar hubungan, kekeliruan dan kelemahan diri, manakala buku Pichedsak pula menyorot masalah masyarakat yang berpunca daripada kehidupan tradisional yang dicabar kumpulan yang berkuasa.\rJadid yang juga pelukis dan kartunis pula tampil dengan karya dengan pendekatan eksperimen seperti kisah pembunuh upahan, orang gila dan penagih permainan internet yang bakal berentap dengan Penerima Anugerah Penulisan SEA 2004, iaitu Rewat yang menyorot manusia yang terperangkap dalam tragedi.\rKumpulan cerpen Anusorn pula mengungkapkan masalah sejagat seperti isu nuklear, kebebasan dan kebangsaan dengan menggabungkan sejarah dengan mitos, manakala Jakkapan tampil dengan buku yang digaul dengan latarnya sebagai wartawan yang meninjau masalah sosial, budaya dan masyarakat.\rCalon terakhir, iaitu Watn pula mempertaruhkan kumpulan cerpennya, Stairway of Mirrors, melompat antara kehidupan harian masyarakat selatan dengan dunia imaginasi seperti planet yang mempunyai lubang gelap, bumi yang merusuh dan manusia bertubuh emas.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.306108 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list