View: 220|Reply: 0
|
Dengarnya...: Ubah wajah sampai menggerunkan
[Copy link]
|
|
TIDAK dapat dinafikan, wajah ialah aset utama jika ada mana-mana individu yang ingin menjadikan bidang seni sebagai periuk nasi mereka. Jika wajah cantik atau kacak, tak mustahil peluang untuk bernyawa dalam bidang ini adalah cerah. Apabila Cik Normah mengeluarkan kenyataan sebegini, bukanlah bermakna Cik Normah memandang rendah mereka yang tergolong dalam kategori kurang kacak atau lawa.\rSebaliknya Cik Normah bercakap berdasarkan pengalaman dan pengamatan Cik Normah yang banyak juga makan garam dalam industri ini. Selalunya macam itulah, yang kacak dan cantik akan dipuja walaupun bakat mereka sebesar hama. Yang kurang dari segi fizikal pula, terpaksalah bertungkus lumus membuktikan mereka sememangnya berbakat besar dan perlu diberi perhatian.\r\n\n\n\n\rCik Normah sengaja mengeluarkan kenyataan ini kerana ia ada kaitan dengan cerita panas yang akan Cik Normah bebelkan sebentar nanti. Orang kata, kalau ia pun nak cantik semata-mata untuk berjaya dalam bidang seni, janganlah sampai membawa kepada kemudaratan diri.\r\r\n\n\n\n\nMaksud Cik Normah, jangan cuba-cuba nak ubah wajah pemberian Tuhan hanya kerana mahu cantik. Sudahnya jadilah nanti macam muka seorang artis wanita ini. \rOrangnya memang sudah asal cantik. Sudahlah cantik, seksi pula. Tapi disebabkan tak pernah bersyukur dengan pemberian Tuhan, dia pun mula membuat perubahan demi perubahan supaya wajahnya yang cantik, menjadi bertambah meletup.\rNamun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Menurut cerita yang disampaikan teman Cik Normah yang terserempak dengan artis wanita ini di sebuah majlis keramaian, mukanya memang nampak lain. Kalau dia tidak merenung betul-betul, memang dia takkan perasan wanita yang berdiri di hadapannya itu ialah seorang selebriti yang cukup popular suatu ketika dulu.\rCuma namanya kini sudah semakin malap apabila dia mengambil keputusan untuk berumah tangga dan beralih angin. Kata teman Cik Normah itu lagi, wajah artis itu mengalami proses evolusi yang cukup menakutkan. Nak kata mengalami kecacatan, tak ada pula dengar cerita yang dia ditimpa kemalangan.\rKalau begitulah keadaannya, Cik Normah yakin mesti dia melakukan ubah suai supaya wajahnya kelihatan lebih menawan. Namun entah di mana silapnya, mukanya itu bukanlah semakin cantik, tetapi kata teman Cik Normah, dia sendiri tidak berapa sanggup hendak melihatnya.\rAndai itulah penilaian yang teman Cik Normah berikan, hanya perkataan kasihan saja yang mampu diucapkan.\rSelepas ini Cik Normah sarankan supaya artis berkenaan pakai saja topeng kalau mahu bersiar-siar. Bukannya apa, itu semua untuk kebaikan dirinya juga. \rSekurang-kurangnya tidaklah dia rasa kurang selesa jika diperhatikan atau mengurangkan perasaan takut orang ramai andai terpandang wajahnya yang menggerunkan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|