|
JIKA kita tahu bila ajal akan menjemput, pasti setiap saat dihabiskan dengan melakukan ibadah serta kebajikan khususnya apabila hayat sudah berada pada saat akhir, tetapi kematian ialah rahsia Allah SWT dan apa yang mampu kita lakukan ialah membuat persediaan.\rManusia tidak mampu menolak atau menunda kehadiran kematian walaupun ada saatnya kita ingin menghindari waktu yang sudah ditetapkan kerana takutkan pelbagai perkara antaranya tidak tahu apa bakal dihadapi selepas terjadi kematian itu.\r\n\n\n\n\rBayangan betapa sukarnya keadaan selepas mati juga menyebabkan manusia enggan memikirkan hakikat itu, begitu juga alasan popular, belum bersedia untuk mati kerana terlalu sedikit bekalan yang ada.\r\r\n\n\n\n\nMalah ada juga yang tidak percaya kehidupan selepas kematian dan beranggapan kematian ialah pengakhiran segala perkara. Persoalannya, jika tidak percaya ada kehidupan selepas mati, kenapa takut menghadapi kematian.\rMahu atau tidak, suka atau tidak, hadiah kematian pasti akan tiba. Buku Cara Terindah Untuk Mati membicarakan persoalan mati yang dibahagikan kepada 12 bab bermula pendidikan mengenai asal usul manusia, jasad dan roh.\rTurut dikembangkan ialah topik jenis kematian iaitu kematian alami apabila roh dan jasad terpisah hingga tiada denyutan nadi; fenomena mati suri sebagai tidur panjang hingga berhari-hari, berminggu bahkan berbulan dan kematian kecil ketika roh terpisah dari jasad ketika tidur.\rAda enam petanda datangnya kematian bagi memudahkan kita lebih tekun mempersiapkan diri menghadapinya. Petanda ini mengingatkan kita mengenai kematian, sama ada kita menyedari petanda itu atau tidak.\r\n\n\n\n\rAntaranya, Allah SWT mengutuskan malaikat seperti diriwayatkan Aisyah, Nabi SAW bersabda: “Apabila Allah SWT mahukan kebaikan pada manusia, Allah SWT mengutus malaikat kepadanya sebulan sebelum kematiannya bagi memperbaiki amalannya dan menjadikannya manusia yang mengerjakan amal soleh.”\rTanda lain ialah proses penjemputan roh, awal kematian, musibah, kematian tiba-tiba serta dua malaikat berwarna hitam dan putih yang dijelaskan penulis buku bersandarkan sunnah.\rBab proses tercabutnya roh dari jasad mengambil contoh pengalaman dilalui Nabi Adam seperti diriwayatkan dan pengalaman itu seterusnya menjadi ikutan manusia menguruskan jenazah hingga hari ini.\rUntuk mengetahui proses kematian kekasih Allah, orang mukmin dan orang kafir, dapatkan buku Cara Terindah Untuk Mati yang turut memuatkan hikmah mengingati kematian serta persediaan bekalan menghadapi kematian.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|