View: 132|Reply: 0
|
Pakaian, percakapan cerminan peribadi
[Copy link]
|
|
UMAT Islam diperintahkan Allah dan Rasul-Nya sentiasa menjaga maruah diri, keluarga, jiran dan masyarakat seluruhnya daripada perbuatan bercanggah ajaran Islam yang suci serta perkara mengundang kemurkaan Allah SWT. \rFirman Allah yang bermaksud: “Hai orang beriman pelihara dirimu dan keluargamu daripada api neraka.” (Surah At-Tahrim, ayat 6) \rGambaran masyarakat Islam hari ini sungguh membimbangkan dengan corak kehidupan yang sudah renggang dari nilai Islam sebenar seperti cara berpakaian, pergaulan serta percakapan yang tidak mencerminkan ciri Islam.\r\rSemakin hari semakin bertambah tenat dan ini memerlukan usaha terancang serta kesungguhan semua pihak untuk menyekat gejala tidak sihat dari terus berleluasa. Mereka perlu dibimbing supaya kembali kepada ajaran Islam yang menggalakkan \r\n\n\n\n\nkita berbuat kebaikan dalam kehidupan.\rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baik kerana sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195) \rMaruah seseorang dapat dinilai dalam tiga aspek iaitu cara berpakaian, percakapan dan pergaulan. Jika elok ketiga-tiga ini, maka dikatakan kita ada harga diri dan bermaruah pada pandangan masyarakat serta mulia di sisi Allah SWT.\rIslam selalu menekankan soal berpakaian dan cara berpakaian turut digariskan supaya kelihatan sopan, tidak jarang menampakkan susuk badan, tidak menyerupai pakaian lelaki atau sebaliknya selain mengelak pakaian mempunyai simbol merujuk kepada agama lain.\r\n\n\n\n\rPerkembangan fesyen tidak boleh dielak atau dinafikan tetapi umat Islam perlu bijak memilih fesyen yang sesuai mencerminkan keperibadian mereka sebagai Muslim yang mementingkan kebersihan, kemas dan menutup aurat.\rJika aurat didedahkan maka jatuh maruah seseorang itu, bukan satu kemegahan seperti tanggapan sesetengah orang. \rFirman Allah yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya) supaya mereka mengingati-Nya (dan bersyukur).” (Surah Al-‘Araf, ayat 26) \rSelain itu, Islam menyuruh kita berbicara atau bertutur dengan sopan seimbang tuntutan syarak. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik yang menampilkan kata-kata baik, lemah-lembut dan sopan dalam berinteraksi. \rSesiapa mendengarnya pasti akan berasa senang dan sejuk hati. Perkataan dikeluarkan jauh daripada sia-sia malah penuh dengan manfaat seperti menyeru ke arah kebenaran yang diperintahkan Allah. Orang yang menjaga lidahnya akan diredai Allah.\rAllah berfirman yang bermaksud: “Tiada kebaikan dalam segala urusan yang mereka tempuhi melainkan menyeru ke arah kebenaran atau melakukan segala kebajikan ataupun mendamaikan di antara manusia bergaduh dan sesiapa melaksanakan demikian adalah untuk menuntut keredaan Allah, semoga Allah berikannya pahala yang berlipat ganda.” (Surah An-Nisa’, ayat 114) \rSeseorang yang tidak dapat mengendalikan lidahnya seperti suka membuat fitnah, berbohong serta mencela, mencerminkan kerosakan hatinya dikuasai luapan nafsu dan bisikan syaitan. Orang seperti ini me\rDalam pergaulan sehari-hari kita perlu menjauhi hal boleh menyakiti hati orang lain. Membudayakan sikap dan tindakan yang boleh menyenangkan hati orang lain seharusnya menjadi amalan setiap Muslim.\rSabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain, yang tidak boleh menzalimi antara satu sama lain, dan jangan mengabaikan pertolongan kepadanya dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada bala atau sebarang kesusahan, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat dan sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|