|
Post Last Edit by Santeira at 29-2-2012 20:46
Assalamualaikum Semua / Salam Sejahtera ..
Maaf sebab dah agak lama tak singgah sini sejak thread Panggilan Telefon Misteri tamat beberapa bulan lepas. Dah lama sy senyap, bukan kerana sy sengaja menyepi atau dah tak berminat nak singgah sini, cuma atas sebab kesibukan jugak since bos sy sekarang dah ada satu lagi kedai makan baru pulak. Sy selalu terkejar-kejar ke sana ke mari sebab masih in-charge kedua-dua tempat. Sy bukak thread baru ni sebab sy bakal kembali dengan satu lagi kisah misteri, pengalaman saya sendiri juga.
Kisah kali ni sy mula tulis sejak kisah Panggilan Telefon Misteri tamat. Sy ambik pengajaran dari thread yang lepas, sy sepatutnya tak biarkan pembaca tertunggu-tunggu begitu lama. Jadi, untuk kisah kali ini, sy rangka terlebih awal, taip di notepad dan bila dah 70% siap, sy akan copy paste sikit demi sikit ke sini untuk dikongsi,sementara sy siapkan yg baki 30% tu.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kisah kali ini tentang apa pulak? Sangkut paut dengan telefon lagi tak? Jawapan sy, ya. Kerana kisah sy ni, adalah sambungan dari Panggilan Telefon Misteri yang pernah sy tulis sebelum ni. Jadi, nasihat sy, bagi sesiapa yang belum pernah baca Panggilan Telefon Misteri, sila baca dulu dan lepas tu boleh la datang lepak di thread ni. Nanti korang tak faham pulak sebab banyak yang sy bakal kongsi ni, sangkut paut dengan Panggilan Telefon Misteri.
Berdasarkan pengalaman sy dalam thread yang lepas, ada segelintir yang tak percaya tentang kisah sy. Sy menganggap itu semua sebagai baik buruk yg perlu sy terima. Sy menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan berbekalkan sedikit bakat dalam dunia penulisan. Sy sukakan sesuatu yang santai, sy mahu bawa anda semua masuk ke dunia sy. Alaa...mcm kita kat dunia Nenek Kamsia dulu tu,boleh? Hehe. Bagi yang tak berminat atau menganggap cerita sy rekaan semata, sy biarkan anda dengan pendirian anda, setiap orang ada pendapat dorang sendiri yg sy perlu hormat
Dulu, saya pernah cakap, saya tak nak thread saya ada sambungan Part 2,tapi kali ni, saya ambil keputusan berbeza. Sebenarnya kisah Panggilan Telefon Misteri belum lagi tamat,cuma pada waktu kesuntukan masa dulu,saya terpaksa "tamatkan" cerita tu dengan keadaan saya tak rela, tapi saya terpaksa sebab saya tak nak orang rasa tertunggu-tunggu. Jadi thread yang dulu tu, seolah-olah sudah tamat, tapi hakikatnya, belum lagi tiba ke penghujung cerita.
Sebelum sy bawa anda ke pengalaman misteri ini, sy ingin sekali membuat pengumuman bahawa sy (dengan nama pena Cik Es) mengakui bahawa keseluruhan cerita ini adalah asli, berdasarkan pengalaman sebenar yg sy alami sendiri.
Jalan cerita telah diolah dalam bentuk penceritaan ala-ala novel, menggunakan bahasa santai bagi membawa anda "mengembara" ke pengalaman ini. Atas nasihat beberapa individu, untuk kebaikan bersama, maka sy sebagai pemilik sebenar/idea asal cerita ini, sama sekali tidak membenarkan cerita ini diolah semula untuk tujuan keuntungan, tidak kira sama ada diolah semula dari segi jalan cerita atau mengambil plot asal cerita ini, untuk mana-mana tujuan komersial tanpa pengetahuan dan keizinan sy.
Sy hanya membenarkan cerita ini "di copy paste", dikongsi di email atau mana-mana ruangan forum lain,atau mana-mana medium, dengan syarat meletakkan kredit asal atas nama "Cik Es" ini. Hanya ada dua syarat - bukan dengan tujuan keuntungan dan kredit pada link asal.
Moga cerita ini,akan jadi iktibar. Semua yang baik datangnya dari Allah Taala,yang buruk itu datang dari sy sendiri. Salam..
Ikhlas - Es.
Oh ya,maafkan sy dengan penggunaan "aku" dalam cerita ini nanti. Ehek!
P/S : DIBENARKAN UNTUK "COPY PASTE" HANYA SELEPAS CERITA INI HABIS SEPENUHNYA. SY TAK IZINKAN UNTUK COPY PASTE SELAGI CERITA TAK HABIS, SY ADA REASON SENDIRI KENAPA DAN MENGAPA. Terima kasih |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|