|
AWAL kehadirannya menongkah arus konvensional yang dilalui nama besar industri perfileman Bollywood. Katrina Kaif tidak fasih berbahasa Hindi, malah skil lakonannya juga menjadi topik perdebatan.\rEkoran kelemahannya menguasai bahasa Hindi pada permulaan menapak dalam bidang lakonan, Katrina pernah dilabel sebagai bakat baru yang membosankan. Di sebalik kekurangan itu, gadis kelahiran Hong Kong yang membesar di Hawaii dan London itu memiliki pesona yang menyihir mata memandang.\r\n\n\n\n\r Seraut wajah jelita persis bidadari, dilengkapi susuk tubuh yang mendebarkan jejaka, Katrina menyisihkan segala pandangan sinis itu dengan trek pencapaian mengagumkan.\r\r\n\n\n\n\n Deretan filem yang dibintanginya mencatat kutipan pecah panggung, termasuk terbaru, filem Mere Brother Ki Dulhan pastinya mengundang cemburu. Dia antara segelintir bintang yang bertuah kerana populariti pantas itu memberinya peluang untuk mendampingi kesemua hero yang memiliki pangkal nama Khan.\r“Pada usia 17 tahun, saya membuat keputusan berani dengan meninggalkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di London dan mencuba nasib di India. Saya masih kabur sebaik tiba di Mumbai tetapi langsung tidak khuatir. Hati saya sentiasa mendesak untuk meneroka peluang di situ. Mujur saya ke sana ditemani kakak, Christine.\r“Saya sekadar mencuba, tanpa meletakkan sebarang tekanan untuk berjaya dalam bidang ini. Namun tanpa disangka, ia menjadi titik permulaan yang mengubah seluruh hidup saya,” kata gadis yang mula diberi peranan kecil menerusi filem Boom pada 2003.\rKatrina membawa pelbagai keajaiban kerana dia memasuki industri hanya berbekalkan kekuatan semangat yang meruntuhkan segala tembok penghalang. Dia menyinar ketika industri perfileman Bollywood masih menutup pintunya untuk menerima orang luar, lantas mendesak penerbit menukar nama keluarganya supaya dia lebih dekat dengan audiens. \r\n\n\n\n\rMeniti pelbagai kepayahan ketika membesar, membuatkan Katrina yang dilahirkan pada 16 Julai 1984 tidak sesekali alpa dengan pencapaiannya. Komitmennya dipuji pengarah, skil lakonan dan penguasaan bahasanya juga semakin matang malah Katrina juga bijak menangani kerenah setiap Khan yang mendampinginya.\r“Saya sentiasa mengutamakan harapan peminat dan tidak akan sesekali mengecewakan mereka. Ketakutan untuk gagal menjadi pendorong kepada saya melakukan yang terbaik. Penting kepada seseorang individu itu untuk mempertahankan sifat positif, selain berusaha memberikan hasil kerja terbaik.\r“Jadual padat menyukarkan saya untuk sentiasa tenang, namun saya tidak merungut. Itu adalah sebahagian daripada tuntutan kerjaya. Saya sentiasa mencari aktiviti yang dapat memberikan saya ketenangan,” katanya. \rMeniti populariti juga menuntut Katrina supaya bijak menangani tekanan, apatah lagi apabila kehidupan peribadinya sentiasa menjadi sorotan media.\r“Kami juga manusia biasa dan ada ketika hati saya tersentuh terutama apabila berita tidak betul disebarkan kepada umum. Namun, saya banyak belajar daripada itu. Saya tahu media dan selebriti tidak dapat dipisahkan tetapi saya tidak perlu menjelaskan segala-galanya.\r“Saya sudah tidak peduli lagi dengan apa yang ditulis. Peminat juga sudah semakin matang, malah tahu membezakan mana benar mana salah,” katanya.\rKatrina berkata, selama ini harga dirinya sering dinilai menerusi hubungannya dengan lelaki. Bukan hanya dirinya, sebaliknya sebahagian besar wanita cuma dinilai dari satu sudut kecil.\r“Mungkin saya dinilai begitu kerana membesar tanpa bapa. Tetapi saya semakin dewasa dan mula mempercayai hidup adalah takdir yang sudah tertulis,” katanya.\rMasih dibayangi Salman Khan\rKALI terakhir mendampingi ‘jejaka nakal’ Bollywood, Salman Khan pada 2008 menerusi filem, Yuvraj, kedua-dua mereka membawa haluan sendiri selepas percintaan yang terjalin sejak Katrina mula bertapak di Mumbai, berakhir. Selepas dua tahun, perpisahan itu nyata tidak menjarakkan hubungan mereka malah Salman masih mempunyai pengaruh dalam perjalanan kerjaya bekas kekasihnya itu.\rSalman juga dikatakan sebagai punca mengapa Katrina melepaskan tawaran membintangi filem terbaru arahan Ayaan Mukerji.\rFilem itu bakal menemukan Katrina dengan bekas kekasihnya, Ranbir Kapoor. Sumber industri menjelaskan, Salman kurang senang apabila Katrina digandingkan dengan Ranbir biarpun percintaan pasangan itu berakhir Mac lalu.\r“Salman meminta Katrina supaya menjauhi Ranbir. Katrina serba salah kerana Ayaan ialah teman baiknya, namun pada masa sama dia terpaksa tunduk kepada permintaan Salman. Biarpun menerima pelawaan itu pada permulaan tetapi akhirnya Katrina terpaksa melepaskan juga tawaran yang diberikan,” kata sumber itu.\rPermusuhan antara Salman dan Ranbir diketahui umum kerana beberapa tahun lalu, Salman pernah berselisih faham dengan aktor muda itu di sebuah kelab. Mereka bagaimanapun, berdamai apabila menghantar lukisan gambar datuknya, Raj Kapoor kepada Ranbir. Sejak itu mereka sering keluar bersama namun Salman kembali menjauhkan diri apabila Ranbir mendekati Katrina.\rInfo Katrina Kaif\rDilahirkan di Hong Kong, seterusnya berpindah ke Hawaii sehingga berusia 14 tahun dan menetap di London selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan berhijrah ke Mumbai.\rDitemui ejen pencari bakat pada usia 14 tahun dan memperoleh tawaran muncul dalam kempen barangan kemas.\rKetika berhijrah ke India, Katrina bekerja untuk jurugambar, Atul Kasbekar dan membintangi iklan komersial seperti Fevicol, Lakme dan Veet. \rSeorang yang menitikberatkan gaya. Katrina sanggup menggayakan apa saja untuk memenuhi tuntutan watak dan iklan. Di luar dia lebih selesa bergaya sopan, malah Katrina juga tidak gemar bersolek.\rMenerima pencalonan sebagai wanita Asia paling seksi di dunia oleh Eastern Eye pada 2008, 2009, 2010 dan 2011. Katrina juga dianggap seorang wanita misteri kerana enggan berkongsi hal peribadinya dengan media.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|