CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

Agama terpelihara jika urusan dakwah bebas pengaruh politik

[Copy link]
Post time 19-10-2011 02:05 PM | Show all posts |Read mode
MEMISAHKAN agama, pendidikan dan media daripada politik atau pengaruh pemimpin akan memastikan matlamat serta kesuciannya terpelihara ke arah membina asas kukuh negara Islam pada masa depan.\rPandangan itu dikongsi bekas Presiden Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) yang juga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Hamid A Abu Sulayman, pada syarahan umum anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS).\r\n\n\n\n\r  Beliau membincangkan tajuk Kerajaan Kurun ke-21: Suci, Awam atau Sekular, berkata memelihara agama daripada pengaruh pemimpin negara perlu bagi pembinaan semula pertubuhan dakwah  bebas.\r\r\n\n\n\n\n  Dakwah perlu bebas dan tiada kena mengena dengan politik kerana fungsi parti politik ialah menawarkan program atau aktiviti yang ada nilai serta menyediakan pilihan yang menjadi keutamaan rakyat.\rIa cara membolehkan tujuan agama  menerapkan nilai dan moral dalam masyarakat terlaksana. Begitu juga sistem pendidikan, media serta kekayaan umum sepatutnya bebas supaya dapat memberi manfaat kepada  rakyat, katanya. \rKatanya, membebaskan pengaruh politik dalam urusan dakwah juga dapat memelihara agama daripada dirosakkan melalui pemansuhan terus, peminggiran, penyelewengan atau eksploitasi.\rBagaimanapun, ia tidak sama sekali bermaksud memisahkan agama daripada urusan negara atau politik tetapi lebih kepada mengukuhkan peranan kedua-duanya dengan mengubah program politik selaras matlamat agama serta kepentingan umum yang menjadi keutamaan.\r\n\n\n\n\rMembicarakan mengenai negara pada kurun ke-21 sama ada suci, sekular atau awam, Abdul Hamid, berkata pilihan tepat ialah Kerajaan Pentadbiran Islam yang meletakkan ummah sebagai pemilik kuasa politik sebenar memilih pemimpin, dasar serta pengurusan dengan sokongan majoriti.\rBeliau berkata, semua itu hanya akan menjadi kenyataan melalui usaha dakwah yang meningkatkan kesedaran serta pendidikan agama dalam kalangan rakyat sesebuah negara.\rOleh itu, kerja dakwah perlu dilakukan organisasi bebas yang sama taraf dengan jabatan kerajaan serta organisasi penting dalam susunan sosial negara. Badan dakwah itu harus mampu menghalang agama daripada digunakan ahli politik dan orang  berkepentingan.\rOrganisasi dakwah  bebas akan melaksanakan fungsi tanpa pengaruh mana-mana pihak berkuasa atau berkepentingan politik. Ia menjalankan peranannya dengan amanah dan mendapat kepercayaan serta sokongan ummah, katanya.\rDaripada hujahnya itu, beliau beralih kepada hakikat  kuasa rakyat sebagai pembuat keputusan sebenar  menentukan barisan  kepemimpinan negara serta  kepemimpinan mereka inginkan.\rBagaimanapun, kata Abdul Hamid, keputusan itu perlu dilakukan berlandaskan  syura, berpandukan pandangan pihak pakar dalam bidang mereka supaya setiap keputusan adalah hasil daripada pertimbangan yang baik.\rCaranya, dengan memastikan ummah yang lahir mempunyai visi, pemikiran berasaskan ajaran agama, bijak membezakan antara betul dengan salah dan tahu apa perlu dilakukan serta yang mana mesti ditinggalkan.\rJika pilihan majoriti itu salah, maka sebagai individu kita wajib menolaknya. Apabila semua individu bersikap begitu, maka yang salah boleh dielakkan dan bersama dapat menegakkan kebenaran. Itulah yang dikatakan kuasa ummah tetapi dilaksanakan mengikut jalan yang betul, katanya.\rKatanya, hanya dengan cara mengubah pemikiran, ummah dapat mengubah cara pembentukan sebuah negara atau kerajaan daripada bawah ke atas bukan dari atas ke bawah seperti tanggapan umum iaitu menukar pemimpin jika tidak suka.\rBeliau berkata, tugas itu perlu dipikul badan dakwah serta ibu bapa yang bertanggungjawab mendidik dan membimbing anak mereka dengan nilai baik kerana anak yang dibesarkan dengan nilai baik akan menjadi insan yang baik.\rHujah itu bagaimanapun menimbulkan persoalan daripada peserta yang bertanyakan tugas siapa pula untuk membantu ibu bapa membesar serta mendidik anak yang baik hingga mampu membuat keputusan tepat.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.050641 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list