|
Biarlah orang tahu\rSEBAIK melangkah masuk ke dunia lakonan, gadis jelita ini memasang impian mahu memiliki sekurang-kurangnya satu pencapaian yang boleh dibanggakan sebelum kerjaya lakonannya melangkah ke angka lima tahun.\r\n\n\n\n\r Namun Siti Saleha Mohd Baharum, 21, pernah tertanya sendiri kenapa selepas dua tahun berlakon dan sudah membintangi puluhan drama, namanya masih kurang dikenali. \r\r\n\n\n\n\nDia memujuk hati barangkali belum ketemu watak yang kuat, bagaimanapun memasuki tahun ketiga, apa yang diimpikan menjadi nyata.\rDrama rantaian Nora Elena tidak semena-mena melonjakkan nama gadis ini. Lakonan mantapnya dalam drama itu di sisi Aaron Aziz menjadi perhatian penonton.\r“Jika boleh dalam tempoh lima tahun, saya mahu berada dalam senarai 10 artis terbaik. Saya tidak mengharapkan apa-apa pada Anugerah Skrin. Saya hanya akan muncul sebagai penyampai bersama dengan Aaron Aziz jika tersenarai lima yang terbaik pada malam itu nanti sudah memadai buat saya,” katanya yang baru mengetahui ada harga perlu dibayar apabila bergelar selebriti.\rMungkin dua tahun sebelumnya, tiada orang mempedulikan kehadirannya. Tetapi sebaik namanya melonjak menerusi Nora Elena, Siti Saleha mula menjadi mangsa gosip apabila gambar aktiviti bersosial di samping teman dan keluarga tersebar meluas di internet.\r\n\n\n\n\r“Saya tak pernah bersedia dengan semua itu. Apabila gambar saya berparti keluar di internet, saya sangat terkejut kerana saya tidak akan meletakkan gambar yang tidak sepatutnya di laman sosial. \r“Memanglah ada juga timbul sedikit perasaan kecewa tapi pada masa sama, saya perlu terima kerana ia asam garam bergelar artis. Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati.\r“Tetapi saya juga tidak suka berpura-pura, saya masih lagi keluar melepak dengan kawan-kawan tetapi sekarang saya lebih menjaga batas,” katanya yang juga agak terbuka apabila ditanya mengenai teman lelaki.\rSelain gambarnya sedang bersosial tersebar di internet, gambar Saleha di samping jejaka yang juga teman lelakinya pernah disebarkan orang yang tidak bertanggungjawab.\rDitanya kenapa dia begitu terbuka mendedahkan kekasih hatinya. \rKata gadis ini penuh jujur, dia seorang yang sangat terbuka dan tidak tahu menipu sekiranya ada seseorang yang bersarang di hatinya.\r“Saya tidak kisah orang ingin mengetahui kisah cinta saya. Bagi saya mereka yang menyembunyikan pasangan masing-masing itu adalah perkara yang tidak patut. Kenapa kita hendak menipu kalau kita ikhlas dalam persahabatan.\r“Bagaimanapun gambar jejaka yang tersebar di internet itu sebenarnya bekas teman lelaki saya. Kami berpisah kerana dia tidak boleh menyesuaikan diri dengan dunia saya, tetapi kini hati saya sudah dimiliki. Saya menjalin kembali hubungan dengan teman lelaki yang lama, dia lebih ‘sporting’ mungkin sebab kakaknya sendiri berada dalam industri,” kata Saleha yang mahu menumpukan perhatiannya pada filem tahun depan.\rMengepak ke dunia filem\rSITI Saleha memang bercita-cita ingin mengembangkan sayap dalam filem tetapi mungkin rezeki masih belum berpihak padanya. Lagipun dengan keadaan dirinya yang masih lagi belajar, ia menyukarkan sedikit Saleha untuk memberikan terlalu banyak komitmen dalam satu masa.\rTahun depan, enam buah filem sudah menanti. Bagaimanapun, hanya dua filem yang sudah mempunyai hitam putih akan memulakan penggambaran iaitu Pukul Habis terbitan Merpati Putih dan Pak Pong arahan Fauzi Nawawi.\rWalaupun bakal sibuk dengan filem, Saleha akan tetap menerima tawaran drama dan telefilem. Tetapi dia harus bijak membahagikan jadual memandangkan turut terikat dengan jadual kelas.\rBiarpun harinya dilingkari jadual yang padat, Saleha tidak mempunyai masalah untuk membahagikan jadualnya dengan teratur. Malah, rakan-rakannya turut pelik kerana dia mampu menyiapkan tugasan sekalipun sibuk dengan berlakon.\r“Walau apa pun yang terjadi, saya akan tetap menghabiskan lagi baki pengajian yang cuma tinggal setahun. Selepas tamat pengajian pada penghujung tahun depan, dapatlah saya menumpukan perhatian secara serius pada bidang lakonan.\r“Saya berhasrat untuk lanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah tetapi mungkin bukan dalam waktu terdekat. Kalau boleh saya ingin menyambung pengajian di luar negara untuk menimba pengalaman berbeza,” kata penuntut dalam bidang Diploma Komunikasi Media ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|