View: 145|Reply: 0
|
FFM24 disiarkan TV Singapura
[Copy link]
|
|
Penundaan sehari untuk jemput menteri dari republik itu sebagai tetamu kehormatFESTIVAL Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November ini akan disaksikan oleh rakyat Singapura kerana turut disiarkan secara langsung tertunda oleh stesen TV di republik itu. \n\n\n\nIni kerana secara kebetulan FFM24 turut menerima kehadiran tetamu kehormat iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian Singapura, Dr Yaacob Ibrahim yang secara kebetulan mengadakan kunjungan kebudayaan selama tiga hari di Malaysia bermula 19 November.\n\n\n\n\nDr Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Berikutan dengan kehadiran rakan sejawatannya itulah membuatkan Dr Rais mencadangkan kepada Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) sebagai penganjur FFM24 supaya menunda tarikh hari kemuncak festival itu daripada 19 November kepada 20 November. Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Mohd Naquib Razak menjelaskan, sehubungan itu penangguhan tarikh FFM24 sepatutnya tidak menjadi isu besar kerana memang tiada sebarang konflik dan kontroversi berlaku antara kementerian, agensi kementerian ini dengan penganjur. Bahkan, kehadiran tetamu dari Singapura ke FFM24 adalah satu peluang yang tidak harusnya dilepaskan bagi mengeratkan hubungan kebudayaan kedua-dua negara. “Ia cuma ditunda sehari sahaja iaitu dari 19 November kepada 20 November. Pada 19 November adalah hari pertama menteri dari Singapura tiba di negara ini. Jadi tidak manis rasanya pada hari itu juga kita mengadakan FFM24 dengan mengetepikan tetamu kehormat Dr Rais. “Jadi, kita cadangkan ditunda kepada 20 November. Pada hari itu nanti, kita turut mengundang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian Singapura sebagai tetamu pada festival filem ini nanti. “Oleh kerana ia dihadiri oleh menteri, pihak stesen TV dari negara itu juga turut berminat untuk membuat siaran langsung secara tertunda festival filem Malaysia. Kita seharusnya menerima berita ini secara terbuka kerana ia memberi kebaikan kepada semua,” katanya dalam sidang media khas.Turut hadir ialah Presiden GAFIM yang juga Pengarah FFM24, Jurey Latiff Rosley, pegawai kanan FINAS dan ahli jawatankuasa induk penganjuran festival filem Malaysia bagi edisi ke-24. Sidang media khas diadakan untuk menjelaskan sebab sebenar mengapa FFM24 ditunda bagi mengelak sebarang kekeliruan atau salah faham dari kalangan karyawan industri perfileman sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di antara mereka. Mohd Naquib berkata, biarpun hanya ditunda sehari tetapi ia tetap memberi manfaat besar terutama industri perfileman tanah air apabila buat pertama kalinya turut disiarkan oleh stesen televisyen asing. “Bagi saya, apa salahnya kita mengambil peluang ini (menyiarkan acara kemuncak FFM24 di stesen TV Singapura), malahan kita sepatutnya merebut peluang yang sudah terbuka. “Ia (FFM24) ditunda sehari tetapi kita mendapat faedah yang besar apabila festival filem kita turut dihadiri oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian Singapura sebagai tetamu kehormat yang secara tidak langsung meningkatkan imej festival. Dan disiarkan pula di TV Singapura,” jelasnya lagi. FFM24 tahun ini yang membabitkan penyertaan 41 filem akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima dan TV1, manakala siaran tertunda pula di Astro Citra. Sementara itu Jurey pula menjelaskan, buat masa ini penganjur belum dapat memulakan promosi dan publisiti FFM24 secara besar-besaran dengan menggantung bunting dan kain pemidang di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. “Bunting tak boleh dipasang sekarang. Untuk pasang bunting kena tunggu sekurang-kurangnya dua minggu sebelum festival ini dilangsungkan. “Ini adalah peraturan daripada pihak berkuasa kerajaan tempatan. Untuk menggantung bunting FFM24 perlu mendapatkan permit terlebih dahulu. Kita kena patuh dengan syarat yang ditetapkan sebelum mendapatkan permit seperti menggantung bunting dua minggu sebelum acara bermula,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|