CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9150|Reply: 22

resepi daging korban...hehehe

[Copy link]
Post time 4-11-2011 06:52 PM | Show all posts |Read mode
memandang raya korban akan tiba, maka stock daging dalam peti ais akan meningkat, jadi plan nak masak macam=macam resepi berasakan daging, time raya ni je ade daging dalam peti, biasa x beli daging
so, sape-sape yang ade resepi yang best, kongsi lah ye,
post sekali bahan-bahan dan ramuan-ramuan , cara memasak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 06:11 PM | Show all posts
Reply 1# akubaik3


   time raya korban  biasanya akan jd bbq time utk saya. grill boleh, cara bulgogi boleh, buat spegeti bolognese pun sodap.kalau grill, saya perap daging dgn jintan putih (tumbuk halus), bawang putih (tumbuk halus), sos tiram, kicap pekat, garam/gula skit, cili mesin kalau nak pedas. lada hitam. perahan limau dan minyak masak skit.

anytime nak makan, grill jer atas nonstick pan tu..

utk bulgogi style, saya perap jer hirisan kecil daging tu ngan kicap, gula, garam, minyak bijan, bijan +cuka skit+ daun bawang. (bulgogi original letak sweet sake-saya tukar cuka skit jer)

2 tu fev saya..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 09:05 AM | Show all posts
buat satay goreng pun sedap..perap je then simpan dlm fridge. nk mkn boleh goreng. ni resepi saya

Bahan2:-

1kg daging lembu/ayam-potong nipis2 n kecik2 tau. ala..mcm mkn satay tu la
130g gula halus
100g gula merah
yg ni kene blend kasar tau :-
3 sudu bsr ketumbar biji-disangar(klu x tau apa maksud dia..goreng tnp minyak tau)
2sudu kecik jintan halu-disangar
1 sudu bsr lada sulah
6 ulas bawang putih
5batang serai (potong halus)
1/2 ibu jari halia
4hiris lengkuas
1/2 ibu jari kunyit/klu kunyit serbuk 2sudu kecik

Cara2:-
1. gaulkan sume bahan2 yg dh di blend kasar tu bersama2 dengan gula halus dengan gula merah. perap sejam..x pun semalaman dlm peti ais.
2. kemudian gorengkan dlm minyak yg bnyak (terendam) goreng smpi empuk n garing. siap sudahh.. klu nk cucuk pun boleh tp dh namanya satay gorengkan..goreng je la. sesuai di mkn dlm apa cara pun..ns goreng pun boleh. agk2 malas nk msk..perap je byk2..simpan dlm peti beku. nk msk goreng la.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 03:23 PM | Show all posts
buat satay goreng pun sedap..perap je then simpan dlm fridge. nk mkn boleh goreng. ni resepi saya

...
akudancinta Post at 9-11-2011 09:05 AM



    bleh cuba....mekasih!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 07:56 PM | Show all posts
aku daging korban buat daging goreng kunyit, daging masak hitam, meehun sup utara...mihun hailam.. sedapnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2011 08:41 PM | Show all posts
Reply 5# mesmerize


   daging masak hitam tu, camne ekk, resepinya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2011 08:56 PM | Show all posts
saya guna resipi kak normasri.. kat bawah nie :

DAGING MASAK HITAM [NoorMasri]

Bahan-bahan:

500 g daging
35 g kerisik
1/4 cawan kicap pekat manis
sedikit air asam
garam dan secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan tumis:

2 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih } dimayang
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
beberapa helai daun kari

Bahan kisar:

1 1/2 labu bawang besar
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar cili kisar

Cara membuat:

Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan tumis. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan bahan-bahan kisar, tumis sehingga terbit minyak
Masukkan daging, kerisik, dan kicap   
Renehkan sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat
Masukkan garam dan air asam jawa secukup rasa, kacau seketika
Bila hampir kering bolehlah diangkat
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak

Nota: Lagik lama kita reneh atas dapur lagik best.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 09:09 PM | Show all posts
baru td masak baki daging korban yg tinggal...
wat daging goreng kicap..

resepi ada simple n senang je...

tumbuk 1 sudu jintan manis dan 1 sudu lada hitam sampai lumat...pastu perapkan dgn daging yg dipotong kecik2.letak serbuk kunyit sikit..perap 1/2 jam...
(kalau suka bleh letak sos tiram 1 sudu)

pastu tumbuk/hiris 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bwg putih...
halia sikit...
3 biji cabai melaka(dibelah 2)

tumis bahan2 tumbuk smpai kekuningan dan garing...
masukkan daging perapan td...
mesti masukkan air utk bg daging empuk....
masukkan sedikit air asam jawa...
garam/kicap/perasa(secukup rasa)
masak smpai pecah minyak bg nampak cantik daging tu...
last skali taburkan bawang besar yg di potong nipis serta cili merah...
siappppppp


bleh gak tambah kentang yg dipotong kecik...

mkn ngan nasik panas pon best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2011 11:03 PM | Show all posts
dendeng daging
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 09:37 AM | Show all posts
Reply 5# mesmerize


    org utara ka ni...  semua mkn yg hang tulis tu, sama dengan la feveret aku juga... daging goreng kunyit memang wajib buat sebab senang sgt..daging masak hitam tu sedap mkn nak buat renyah ckit..mihum hailam pun sodap bole bg resepi dak yg ni?

daging korban baru ni aku masak goreng kunyit dan masak kicap je... senang dan sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 11:32 AM | Show all posts
Reply 10# Azmanja


    taklah.. iols orang johor u.. daging korban kan sedap, segar tu yang suka sangat buat lauk yg simple2 mcm goreng kunyit n masak sup aje.. terasa manis daging tuh.. nanti iols bagi resipi mee / meehoon hailam la.. resipi keluarga.. malam nanti yea..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 11:44 AM | Show all posts
Reply 11# mesmerize


    ye ke... sori salah anggap pulak... tp lauk2 yg u minat tu sama dgn la i pun minat... sbb ada mihun sup utara kan...ingat org utara ja minat... tp mihun hailam memang sedap, selalu mkn dgn ayam, ni nak try dgn daging pulak, tu yg nak minta resepi... i sabar menunggu resepi u
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 04:55 PM | Show all posts
aku punya resepi daging korban lagi senang.....
caranya begini: Semua daging tu rebus dan siap rebus goreng sampai ragup kemudian buat nasi goreng +sayur+perencah nasi goreng...................senang tak sampai 15minit siap dahhhh...........
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 08:00 PM | Show all posts
aku dah habiskan segala daging korban dalam fridge. menu ada 2.gulai masak lemak dan sup gearbox
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2011 08:42 PM | Show all posts
kalau kt umah mak, wajib buat satay goreng..tapi tahun ni aku dpt stok sendiri, buat daging masak merah dgn beef stew..dua2 resipi dpt dkt myresipi.com
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 11:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by Ayu61279 at 15-11-2011 11:07

klu menu básaskan daging ni ayu suka masak daging blackpepper n daging samudera.daging samudera ni paling simple resepinya...

daging
kicap
cuka
skit gula

perap daging dgn seme bahan n goreng smpai masak.leh je goreng tanpa minyakleh gak tambah hirisan bawang besar n lada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 12:11 PM | Show all posts
aku ada sepeti lg daging korban...(konon2 lah)

dgn tulang rusuknya lg.... dah la x berpotong kecik2 lg..... yg kompem aku sorang yg akan mkn....
padahal beli tulang rusuk utk raya aji ada lg sket belen

abis la.... blood pressure aku naik agaknya.....
dah la stress x habis2...spjg idup...

tulang rusuk = kompem sup lah

yg lelain = aku nk buat masak lemak cili api daging salai. tp ntah bila nk masaknya. pon kompem aku mkn sorang....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 12:14 PM | Show all posts
Reply 9# ayuniaa


buh la resepinya....

kang terkena daging yg liat.... harus tercabut gigi pelsu iols
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 02:30 PM | Show all posts
buat singgang daging/tulang sedap gak..special from pantai timur

lengkuas (dihiris nipis)
kunyit hidup (dihiris nipis)
sedikit halia (dihiris nipis)
ketumbar (ditumbuk kasar)
bawang putih (dihiris nipis)
bawang merah (dihiris nipis)
garam secukup rasa
cili padi

satukan semuanya dalam periuk. masak sampai daging lembut..my favorite!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 03:28 PM | Show all posts


Resepi sup tulang

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

    * 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
    * 3 biji bawang merah - dimayang halus
    * 1 ulas bawang putih - dimayang halus
    * 2 in halia diketuk
    * 1 sup bunjut
    * 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
    * bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
    * 3 biji ubi kentang
    * garam dan gula secukup rasa
    * 1 btg celery jika suka
    * 1 kiub pati ayam
    * air
    * bawang goreng dan daun sup

Cara-cara

   1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
   2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
   3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
   4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
   5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
   6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan dgn roti bantal. Kalau ada vit. R boleh aje buat roti benggali sofinar or roti nasi onigiri..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.240305 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list