View: 143|Reply: 0
|
Mesti Tonton: Misteri bilik kosong bawah rumah
[Copy link]
|
|
Filem: Don’t Be Afraid of the Dark\rPengarah: Troy Nixey\rPelakon: Guy Pearce, Katie Holmes, Bailee Madison\r\n\n\n\nGenre: Thriller/Seram\rPengedar: United International Pictures\rTayangan: Mulai 26 Oktober 2011\r\n\n\n\n\n\rFILEM Don’t Be Afraid of the Dark pada mulanya mungkin dianggap lebih kurang sama dengan beberapa filem seram lain yang pernah ditonton sebelum ini, sama ada tempatan mahupun import jika kita mengikuti cerita pada sinopsisnya. Ia mengetengahkan kisah sebuah keluarga yang berpindah ke rumah baru dan menyimpan misteri menakutkan. \rBegitupun, sebaik saja menonton hasil arahan pertama Troy Nixey ini, ia nyata ada kelainannya. Filem ini diperkayakan oleh idea penulis bersamanya, Guillermo del Toro dengan elemen suspen dan seram menerusi kewujudan makhluk kerdil yang aneh merangkak di lantai bawah tanah. \rIa mengisahkan sejenis makhluk misteri yang begitu mengidamkan gigi seorang kanak-kanak bernama Sally, yang menjadi penghuni baru rumah agam tersohor di sebuah pekan kecil. Elemen seram mula dirasa sebaik saja penonton dibawa mengikuti hakikat kewujudan ruang kecil di bawah rumah berkenaan, yang dibina pemilik asal rumah itu. \rKewujudan ruang terbabit pada mulanya tidak disedari pemilik baru, Alex, bersama anaknya Sally serta kekasih Alex, Kim.\rDi dalamnya, tersimpan makhluk yang kelihatan seperti makhluk kuno yang sering dilihat dalam kisah zaman dulu. \rBagaimanapun, kemampuan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris serta boleh memujuk manusia menjadi teman bermain menimbulkan persoalan. Kekuatan filem ini banyak terletak pada aksi pelakon kanak-kanak, Bailee Madison yang mempunyai bakat besar untuk mencipta nama setanding pelakon muda, Dakota Fanning. \rBegitu juga Guy Pearce yang sememangnya dikenali antara aktor yang bagus. Sayangnya, lakonannya dalam filem ini kurang menyerlah, dek babak membabitkan dirinya tidak terlalu banyak. Lakonan Guy Pearce tidak dimanfaatkan dengan berkesan untuk filem ini, maka uia tidak begitu menguji beliau untuk memberi kerja lakon yang lebih impak. \rBegitu juga pengarah tidak terlalu menitik beratkan latar belakang kewujudan makhluk berkenaan, sebaliknya banyak menekankan babak bisikan demi bisikan sama, dalam suasana gelap dan ada ketikanya pada babak tertentu ia agak membosankan. \rPada ketika yang sama, suasana kegelapan sememangnya penting dalam filem bercorak seram seperti ini, namun kegelapan yang dipersembahkan termasuk pada siang hari agak tidak boleh diterima. \rSetiap bilik atau ruang amatlah malap termasuk bilik Sally. Penonton mengandaikan teknik pencahayaan tidak diberi perhatian dalam rumah itu. Adalah logik jika bilik bawah tanah yang digambarkan suram dan malap, bertepatan dengan judul filem itu.\rUnsur suspen terlalu diberi perhatian untuk menakut-nakutkan penonton sehingga ada masanya menjengkelkan dan dianggap membuang masa hingga menghilangkan keghairahan penonton. Watak Sally yang malang pula diulang-ulang mengalami trauma dek gangguan makhluk itu, namun tiada sesiapa mempercayainya.\rApapun, filem ini tetap menghiburkan untuk ditonton terutama mereka yang menyukai filem seram. Cuma, kesan seramnya itu bergantung tahap penerimaan penonton sendiri.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|