View: 119|Reply: 0
|
Fragmen: Baru dijentik sikit, sudah melatah sekampung
[Copy link]
|
|
MINGGU lalu ada beberapa individu tidak bernama menghantar kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada yang bersungguh-sungguh mempertikaikan tindakan Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) memberi surat tunjuk sebab kepada Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).\rAntara kandungan SMS itu ialah menyatakan rasa tidak puas hati apabila GAFIM mahu FDAM menjelaskan kedudukan Ahmad Ibrahim atau Mat London. \r\n\n\n\n\rKita bukanlah hendak memihak GAFIM tetapi tindakan gabungan ini bukanlah isu besar dan rumit. Akhbar ini menerusi ruangan HIP juga sudah memberi peluang kepada FDAM dan Mat London untuk menjelaskan kedudukan dirinya. \r\r\n\n\n\n\nPerkara ini kita anggap sudah selesai. Apabila meneliti SMS itu, ternyata pengirimnya berfikiran emosional, kebudak-budakan dan bersifat peribadi. \rKita sekadar geleng kepala dan senyum apabila menerima SMS ini, mengenangkan beginikah gaya pemikiran sebahagian penggiat industri filem, terutama daripada golongan sutradara, tak kiralah sutradara filem atau drama. \rJusteru daripada ‘memerangi’ Presiden GAFIM, Jurey Latiff Rosli, lebih baik ahli-ahli FDAM sendiri bertanya kepada Penasihat mereka itu di mana janji-janji yang pernah dilafazkan dalam media sebelum ini. Sebenarnya kalau kita menyiarkan SMS yang dikirimkan oleh mereka ini - mungkin penyokong kuat FDAM - ia tidak membawa apa-apa makna, sebaliknya akan membuka pekung persatuan ini sendiri. \rKenapa FDAM sekadar bersuara apabila Penasihat mereka dijentik tetapi tidak berbuat sesuatu yang konkrit, konsisten dan jelas untuk meningkatkan imej dan kewibawaan profesion seseorang yang bergelar sutradara?\rKenapa Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) tidak melatah sedangkan mereka juga diberikan surat tunjuk sebab oleh GAFIM. Malahan difahamkan SWAM bersetuju melantik Presiden GAFIM sebagai orang tengah dalam pertikaian antara Martias Ali dengan Ismail Ahmad. \rBaru-baru ini kita berkesempatan berbual dengan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Ahmad Naguib Razak, di Jalan Ampang. Tidak dinafikan antara yang ‘memeningkan’ mengenai tingkah laku persatuan. Biarpun ia di luar kawalan atau bukan dalam bidang kuasa FINAS, tetapi setiap kali ada masalah, setiap persatuan ini mesti mengheret FINAS untuk terjebak sama. \rSebenarnya, sikap ahli dan pemimpin persatuan hiburan yang cepat merajuk dan emosional tak tentu pasal ini menyebabkan mereka sangat mudah ‘dibuli’ pihak lain. Sikap seperti itu memang tidak membawa faedah langsung. Apabila merajuk dan sakit hati, mulalah timbul rasa tak puas hati, saling memburuk-burukkan antara satu lain. \rKemuncaknya, wujudlah kumpulan serpihan yang kemudian menubuhkan satu lagi persatuan baru kononnya mempunyai peranan lebih baik daripada persatuan yang mereka tinggalkan. Tapi semuanya ibarat ‘kong kali kong’ sama saja. Cuma pandai bercakap saja. Inilah pengalaman kita selama bertahun-tahun mengikuti perkembangan setiap persatuan hiburan, sama yang sudah lama atau baru ditubuhkan. \rOleh kerana perangai ahli-ahlinya yang cepat berpecah belah, maka boleh dikatakan semua persatuan hiburan tidak mendapat penghormatan dan pengiktirafan sewajarnya daripada masyarakat. Setiap persatuan yang ditubuhkan tidak kukuh, sebaliknya sangat rapuh terutama yang membabitkan soal kesetiaan, tanggungjawab dan peranan ahli. \rHari ini industri hiburan turut dikenali sebagai industri kandungan kreatif. Ia bernilai berbilion ringgit. Sebagai permulaan kerajaan memperuntukkan sebagai sebanyak RM200 juta yang dikenali sebagai Dana Industri Kreatif. Jumlah itu mungkin akan ditambah. Kerajaan juga mewujudkan pelbagai geran melalui agensinya seperti FINAS untuk menjana industri kreatif ini. Bukan saja FINAS, geran ini juga turut disediakan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) bagi mereka yang mengkhusus dalam bidang animasi. \rKalau orang industri hiburan masih hiruk-pikuk dengan soal remeh, saling tak puas hati sesama sendiri yang kebanyakannya lebih bersifat peribadi, rasanya golongan ini tidak akan ke mana-mana.\rHari ini kita memerlukan persatuan atau organisasi yang kukuh dalam memperjuangkan banyak bidang, bukan soal kebajikan semata-mata. Soal harta intelek (IP) pengkarya, isu hak cipta, perkara berkaitan dengan royalti, kontrak lakonan atau kru filem yang lebih standard, kadar upah kru, kadar yuran pengarah ialah perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap pengkarya dengan lebih serius.\rKetepikan saja pemimpin yang sekadar pandai cakap tapi sudah terbukti tak boleh buat apa-apa, bukan saja demi kepentingan dan imej persatuan tetapi juga untuk ahli-ahlinya. \rMalahan kita sebenarnya tidak perlu ada banyak persatuan tetapi kewujudannya bagaikan hidup segan mati tak mahu. Sekadar ada nama tetapi tidak ada apa-apa fungsi, tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara dan membuat sebarang tindakan dan ahli bercakaran sesama sendiri. \rUntuk memastikan kelangsungan hidup dalam bidang seni, memerlukan sebuah platform yang kuat seperti persatuan. Persatuan juga juga memerlukan pemimpin yang berkarisma, disegani latar belakang diri dan kerjayanya juga.\rKita mencadangkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya membuat spot check terhadap semua persatuan hiburan tanah air. Periksa bagaimana struktur pengurusan kewangan, pentadbiran dan pengurusan persatuan. Adakah semuanya sistematik dan diuruskan secara profesional?\rAda sesetengah persatuan yang tidak mengadakan mesyuarat agung jawatan kuasa mengikut tempoh yang ditetapkan. Bukanlah hendak meragui kewibawaan mereka kerana memang ada persatuan yang cukup profesional pengurusannya. – [email protected]
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|