CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

Syarat Sabri

[Copy link]
Post time 7-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengarah Sanggul Beracun percaya cerita yang baik bermula daripada watak kuat\rSELEPAS menyedari satu-persatu karya dan drama arahannya, Sanggul Beracun, memenangi beberapa kategori dalam Anugerah Skrin 2011, Jumaat lalu, barulah pengarah yang juga pelakon Sabri Yunus menyedari kelebihan yang ada pada dirinya.\r\n\n\n\n\rTelefilem pertama arahannya yang pernah disiarkan di Astro Citra meraih empat kategori utama pada anugerah terbabit, iaitu Lakon TV Terbaik, Videografi Terbaik, Pengarah Terbaik dan Drama Terbaik.\r\r\n\n\n\n\nKata Sabri, sepatutnya dirinya sudah lama berkecimpung di dalam bidang pengarahan, namun selepas berusia 50 tahun barulah dia berpeluang menduduki kerusi sutradara sekali gus membuktikan kepada industri penerbitan bahawa darah seni deras mengalir dalam dirinya.\r“Saya sepatutnya sudah lama mengarah. Sebelum ini saya banyak berada di hadapan kamera dan sukar untuk orang melihat kemampuan saya di belakang kamera, seterusnya memberikan saya peluang. Saya sendiri pun tidak mencari peluang itu. Tetapi, saya hanya membuat penulisan yang kecil dan mengarah untuk sitkom saja. Ini kerana saya tidak pernah cuba untuk membuat perkara yang sebesar ini dan saya percaya orang susah untuk mempercayai saya,” katanya yang cukup merendah diri.\rSabri yang cukup dikenali ketika membintangi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu memberitahu, skrip Sanggul Beracun karyanya mempunyai sesuatu yang ‘luar biasa’ namun tidak berkeyakinan untuk mengarahkannya.\r“Apabila skrip saya siap, saya rasa ada sesuatu yang besar dalam skrip itu, tetapi tidak terfikir langsung untuk mengarahkan drama ini. Saya ada mencari seorang pengarah yang boleh dikatakan dikenali dalam industri, tetapi biarlah saya merahsiakan namanya, untuk mengarah telefilem ini kerana saya percayakan keupayaannya.\r\n\n\n\n\r“Pada masa yang sama juga, pengurus produksi saya ada memberi cadangan lebih baik saya sendiri yang mengarah kerana ia skrip saya dan saya lebih tahu isi kandungan dan ceritanya. Dengan kata semangat dan peluang itulah membuatkan saya memberanikan diri untuk mencuba.\r“Dengan syarat, saya meminta semua pelakon yang akan membintangi drama ini adalah dari mereka yang terbaik kerana saya percaya cerita yang baik bertolak daripada watak yang kuat.\r“Bagi saya, menilai pelakon amat sukar, jadi saya memilih pelakon yang hampir tepat dengan apa yang saya mahukan. Begitu juga selepas ini saya akan kekalkan dengan cara saya,\" katanya yang terkejut dengan pengiktirafan diterima drama arahannya.\rSabri menegaskan, dia percaya anugerah drama dan pengarah terbaik yang diterima malam itu adalah hasil kerjasama baik semua pihak yang menjayakan telefilem berkenaan.\r\"Semua pekerja saya yang begitu komited, termasuk pelakon, banyak membantu saya untuk mendapat anugerah ini,” katanya yang mengaku amat cerewet dalam soal pemilihan pelakon.\rSanggul Beracun yang diterbitkan Balang Rimbun Sdn Bhd dibintangi Erra Fazira, Namron, Along Azendy, A Wahab Hamzah, Haryanto Hassan, Kasaruddin Saisi dan Nurseha.\rKecewa Erra kalah\rBERKALI-KALI Sabri mengulangi, dirinya tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk merangkul trofi pelbagai kategori pada majlis anugerah pertama yang disertainya sebagai orang di belakang tabir.\r“Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi, malah tidak dapat berasa suasana majlis penganugerahan itu. Saya sendiri tidak pernah menghadapi suasana penganugerahan seperti ini, malah dipertandingkan untuk diri sendiri.\r“Keyakinan saya untuk drama ini mula timbul selepas ramai mengatakan watak Erra Fazira cukup kuat untuk meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama, dan saya juga mengakuinya. Saya sendiri tidak meletakkan banyak harapan untuk drama ini, cuma satu saja sudah cukup untuk mewakili drama saya, iaitu watak Erra.\r“Erra begitu bagus untuk watak cerita ini kerana dia memberikan lebih daripada apa yang pengarah mahukan. Jadi, kekalahan Erra membuatkan saya amat kecewa, tetapi bukan kecewa dengan pemilihan juri tetapi kerana sangat mengharapkan dia menang,” katanya.\rSementara itu, Sabri turut memberitahu, telefilem seterusnya, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman yang diangkat daripada buku tulisan Anwar Ridhwan lebih mencabar daripada drama Sanggul Beracun. \rKatanya, ia sebuah novel yang besar dan pernah memenangi anugerah GAPENA pada 1980 dan latarnya juga lebih lama daripada Sanggul Beracun, iaitu sekitar 1940-an.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.065419 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list