CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Park Min-Yeong takut leka

[Copy link]
Post time 12-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BERDIAM diri ada kala menjadi perisai terbaik mengelak diri daripada hambatan spekulasi berlarutan yang cuma membangkitkan pelbagai persoalan membingungkan. Mengunci mulut juga tanpa dipaksa akan menutup ruang paparan cerita peribadi yang berpotensi mengalih perhatian khalayak ketika karier sedang meniti puncak.\rPrinsip itu menjadi pegangan aktres kelahiran Seoul, Korea Selatan, Park Min-Yeong tatkala hubungan cintanya dengan  aktor Lee Min-ho menjadi intaian meluas media massa. Memadai sekali dia memberi kenyataan mengesahkan hubungan cintanya dengan aktor itu, selebihnya Park Min-Yeong atau Park selesa menyimpan subjek itu sebagai milik peribadinya.\r\n\n\n\n\r    Biar berulang persoalan sama diajukan, gadis berusia 25 tahun itu tidak sesekali memberi ruang kepada media untuk beralih fokus dengan memusatkan perbualan hanya pada karier. Sisi peribadi Park mula disorot media apabila dia dan Lee digandingkan dalam drama terbitan SBS, City Hunter yang mengakhiri siarannya pada 28 Julai lalu. \r\r\n\n\n\n\n    Biarpun cuba menafikan, desas-desus percintaan mereka bertambah kencang apabila Park dan Lee sering dilihat keluar berdua di beberapa lokasi tumpuan umum sekitar Seoul. Sebulan cuba berahsia, Park dan Lee  akhirnya mengakui mereka sedang bercinta dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan menerusi agensi masing-masing.\r“Hubungan ini baru terjalin, masih di peringkat saling mengenali justeru terlalu awal untuk bercerita lanjut mengenainya. Mohon berikan kami ruang untuk membina cinta ini tanpa desakan dan paksaan sesiapa,” kata gadis berbintang Pisces ini.\rTanpa pernah mereka sedari, Park dan Lee sebenarnya pernah dipertemukan dalam satu penggambaran iklan komersial ketika cuba membina tapak dalam dunia lakonan sekitar 2005. Dua tahun selepas itu, mereka kembali bertemu ketika penggambaran drama, I’m Sam. Dalam drama itu, Park memegang watak utama, manakala Lee memainkan peranan pembantu sebagai rakan sekolahnya.\r“Mungkin kerana belum saling mengenali, kami tidak banyak berbual kecuali menyapa ringkas apabila terserempak di lokasi. Disebabkan tidak pernah rapat, saya hampir tidak kenali Lee ketika hari pertama di lokasi City Hunter. Kami cuma rapat selepas beberapa hari penggambaran. Dia lelaki baik, Lee juga seorang aktor yang sentiasa bekerja keras memajukan dirinya. Banyak perkara baru saya pelajari daripada Lee,” kata Park yang mula diperkenalkan menerusi sitkom, Unstoppable High Kick pada 2006.\r\n\n\n\n\rMenyifatkan dirinya bukan seorang yang cerewet mengenai lelaki, Park mengakui, dia cuma berharap dipertemukan dengan jejaka yang menghargai, memahami dan menerima kehadirannya seadanya. \r“Memadai jika dia bersikap terbuka dan ada sifat kepimpinan tinggi daripada dipertemukan dengan lelaki yang hanya tahu memerintah serta mendesak,” katanya mengakui mengenai keserasian mereka di layar kaca, Lee memiliki personaliti jauh berbeza apabila kerja. \rDia akui, Lee mementingkan kualiti kerja dan sangat serius ketika berlakon. Setiap kali kami di lokasi, Lee begitu mengambil berat segala aspek berkaitan lakonan.\r“Saya seolah-olah melihat seorang yang berbeza apabila Lee berada di lokasi. Sebelum digandingkan bersama, saya tidak yakin kami mampu mencipta keserasian apatah lagi dia lebih muda daripada saya,” katanya. \rUsai membintangi City Hunter, Park beralih ke lokasi Man of Honor seterusnya drama, Glory Jane tanpa sempat berehat panjang. Ketika berada di Hawaii bagi menjayakan satu sesi fotografi, Park tidak kesal apabila langsung tidak mempunyai kesempatan untuk bersiar-siar.\r“Selesai bekerja, saya terus pulang ke hotel untuk tidur. Jika ada kelapangan, saya memilih untuk menatap skrip drama, Man of Honor berbanding menghabiskan masa di luar.  Secara fizikal, ia sangat menguji tetapi saya teruja meniti setiap pengalaman itu. Setiap karakter menuntut penghayatan berbeza dan itu saja sudah cukup membuatkan saya seronok ke lokasi.\r“Saya bekerja keras kerana begitu mencintai dunia lakonan. Setiap kali diberi kepercayaan untuk memegang sesuatu watak, saya akan cuba membawa karakter itu dengan diri. Kesungguhan itu membuat penonton merasai apa yang saya berikan. Dalam hal ini, saya bertuah kerana cara saya disenangi penonton,” katanya yang pernah berdepan detik menyukarkan apabila lakonannya dikritik hebat.\rSebab itu, Park kini enggan membiarkan dirinya tenggelam setiap kali menerima pujian.  Berterima kasih kepada mereka yang menyanjung usahanya, Park sentiasa mengingatkan diri bukan mustahil jika dia kembali berdepan saat kejatuhan jika mengambil ringan soal kerja. \r“Saya bersyukur kerana dihargai tetapi di luar sana, ramai lagi pelakon berbakat sedang menanti masa untuk mendaki puncak. Semua itu mendesak saya supaya bekerja lebih keras dan tidak cepat leka apabila dipuji. Setiap kali apabila merungut kerana terlalu letih atau kurang tidur, saya ajar diri supaya mengimbas semula laluan yang pernah saya tempuhi. Ketika itu saya ingin bekerja namun tiada tawaran. Tetapi apabila memperoleh peluang kerja, mengapa saya perlu menjadikan ia sukar,” jelasnya. \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.167280 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list