|
CIK Normah tak faham dengan gelagat Noh daripada kumpulan Hujan. Ingatkan, selepas bergelar suami, sifat sambil lewa setiap kali ditemubual wartawan akan berubah.\rRupa-rupanya peel suami Mizz Nina ini masih lagi macam kanak-kanak belum akil baligh. Rasanya, budak tadika pun tahu menjaga tingkah laku di depan orang ramai. \r\n\n\n\n\rBukan apa, kalau nak main-main di luar waktu kerja, Cik Normah tak kisah. Ini tidak, ketika sidang media atau sesi temu bual pun dia masih boleh buat lawak bodoh yang meloyakan.\r\r\n\n\n\n\nCik Normah bukanlah tak boleh bergurau. Apa cerita kalau 20 minit pertama dia membuat aksi yang menjengkelkan. Bukan sekali dua, ramai rakan seperjuangan Cik Normah yang sudah terkena.\rTak susah pun kami nak angkat kaki... Cuma, fikirkan anggota kumpulannya yang bersungguh-sungguh untuk mempromosikan album membuatkan kami tak sampai hati nak buat macam tu. Sampai bila kawannya terpaksa jadi tukang ‘coverline’?\rLagi pun, sedarlah sikit wahai Noh, awak bukan membawa diri sendiri tetapi nama keseluruhan kumpulan dan secara peribadinya ia menunjukkan karakter awak yang sebenar.\rBukan nak suruh Noh serius 24 jam, tetapi apabila masuk bab kerja, cubalah belajar untuk serius sikit. Seorang teman Cik Normah pernah dijerkah gara-gara menegur sikapnya ketika sidang media sebelum ini.\r\n\n\n\n\rBiarlah Cik Normah beritahu, tak ada yang lucu pun kalau berperangai macam budak tak cukup sifat. Jika ditegur, maksudnya orang itu prihatin mahu memastikan Noh tidak lagi kelihatan bodoh di depan orang ramai.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|