View: 166|Reply: 0
|
Mewah Bahasa: Sebak ada olak
[Copy link]
|
|
Man: Cuti pertengahan semester ni kau balik kampung ke?\rJai: Entah, tak tentu lagi. Kalau banyak assignment mungkin tak balik kot! Eh! Kenapa pulak? Kampung kita bukannya sama ….\r\n\n\n\n\rMan: Bukannya apa … kalau kau balik, aku nak ikut. Duduk kampung kau dua tiga hari, lepas tu aku baliklah kampung aku pulak. Macam dulu tu, kan dulu aku pernah ikut kau balik kampung?!\r\r\n\n\n\n\nJai: Ooo … nak ikut?!\rMan: Ha’a … tak boleh ke?\rJai: Tidaklah tak boleh pulak?! Cumanya aku musykil ….\rMan: Musykil apa pulak?\r\n\n\n\n\rJai: Yalah, apalah yang menarik sangat kat kampung aku tu sampai kau sanggup datang bertandang. Tak cukup sekali, nak datang lagi …. Sanggup tak balik kampung sendiri!! Ada apa-apa ke ni??\rMan: Apa-apanya pulak ni? Tak ada apa-apalah …. Cuma aku suka suasana kampung kau tu!\rJai: Atau kau dah terpikat ngan anak dara kampung aku tu yek? Hai! Senyap-senyap aje dah nak cari mentua orang kampung aku!\rMan: Heh!! Tak adalah ... tak jumpa lagi, kalau jumpa boleh juga! Hehehehe ….\rJai: Habis tu, apa yang menarik sangat kat kampung aku tu?\rMan: Nak mandi sungai!! Aku nak mandi sungai kat belakang rumah kau tu ….\rJai: Laa …. Nak mandi sungai ke? Itu aje sebabnya? Tempat kau tak ada sungai ke?\rMan: Ada, tapi sungai kecil je, taklah macam Sungai Perak kat kampung kau tu, luas!! Puas mandi, boleh berenang, menyelam … pengalaman yang tak dapat dilupakan!!\rJai: Ooo ... tak puas mandi sungai masa ikut aku balik kampung dulu la yea?\rMan: Ha’a … cuti ni pun aku nak ikut juga, boleh, kan?!\rJai: Boleh! Boleh ikut, tapi tak boleh mandi sungai ….\rMan: Tak boleh mandi sungai? Kenapa??\rJai: Musim hujan ni … sebak, ada olak!!\rMan: Sebak? Ada olak?\rJai: A’ah!! Bahaya ….\rMan: Kenapa sebak bahaya pulak? Tak faham aku ….\rJai: Musim hujan ni, air sungai sebak …. Air dalam, air penuh nak banjir. Bahaya kalau mandi-manda ….\rMan: Ooo …. Sebak tu air sungai penuh la yek?! Aku ingatkan orang nak menangis ke, apa tadi. Tapi kalau bahaya, macam mana orang situ nak mandi??\rJai: Alaa Man, orang sekarang ni tak mandi sungai lagi dah, semua rumah dah ada bilik mandi dalam rumah. Pakai air paip siap shower ngan water heater lagi. Sekali-sekala aje mandi sungai, untuk main-main. Musim hujan ni air sebak, tak sesuailah main-main kat sungai tu … ada olak!!\rMan: Ada olak??\rJai: Haa … bahaya, kalau kita berenang dekat situ, ditariknya masuk lubuk!! Ramai dah orang yang lemas ….\rMan: Huh! Bahayanya, kenapa pihak bertanggungjawab tak ambil tindakan??\rJai: Nak buat macam mana??\rMan: Tangkap ke, bunuh ke. Macam buaya kat Sarawak tu, pihak berkuasa pergi buru dan tangkap!\rJai: Itu buaya, bolehlah diburu, ditangkap ….\rMan: Yang ni kenapa tak boleh tangkap pulak? Binatang apa ni? Naga ke?\rJai: Ha! Ha! Ha! ... binatang boleh le ditangkap, kalau olak macam mana nak menangkapnya, bukannya binatang ….\rMan: Bukan binatang? Habis tu apa pula bendanya yang boleh menarik orang masuk lubuk sampai lemas?!\rJai: Pusaran ….\rMan: Pusaran?\rJai: Ha laa ... pusaran air!!\rMan: Ooo ... olak ni pusaran air ke?! Hehehe … aku ingatkan spesis buaya ke, naga ke ….\rJai: Hahaha … mana ada naga laa ….\rMan: Masa aku mandi sungai dulu tu tak ada olak pun?!\rJai: Kau datang dulu tu musim panas, tak ada hujan, air sungai tak sebak, tak dalam …. Olak pun tak ada. Selamatlah sikit. Cuma selamat sikit je, tak semestinya tak berbahaya. Di sungai ni sebenarnya sentiasa bahaya.\rGlosari\rDialek Perak:\rSebak - penuh dengan air, hampir banjir\rOlak - pusaran air\rNota Kaki\rKolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|