View: 142|Reply: 0
|
Pengorbanan saksi diberi ganjaran dunia, akhirat
[Copy link]
|
|
PENGORBANAN dan liabiliti seorang saksi di negara kita sememangnya berat. Atas faktor itulah, ada yang tidak mahu menjadi saksi dalam pelbagai kes dan kejadian biarpun menjadi orang pertama atau paling berhak menyatakan kebenaran dengan kesaksian. \rFirman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah SWT, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa) kerana Allah SWT lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan dan jika kamu memutarbelitkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah SWT sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Nisa, ayat 135)\r\n\n\n\n\rTanggapan menjadi saksi akan berdepan pelbagai masalah wajar dikikis kerana jika tanggapan ini menguasai minda masyarakat maka sukar pihak terbabit menyelesaikan kes selain banyak individu tidak mendapat pembelaan sementara penjenayah bebas.\r\r\n\n\n\n\nDi sebalik kesukaran dan kepayahan dihadapi seseorang yang bergelar saksi, sebenarnya dia sudah menunaikan tuntutan agama Allah SWT serta memenuhi hak manusia lain. Kesanggupan mengambil tanggungjawab sebagai saksi pasti dibalas ganjaran pahala.\rMalah, saksi akan dipermudahkan Allah SWT segala urusannya kerana sikap sanggup berkorban masa dan khidmat sebagai saksi sehingga dapat menyenangkan pihak lain seumpama bersedekah.\rBersesuaian maksud hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia, Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada dalam kesempitan, melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah SWT akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah SWT pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya.” (Hadis riwayat Muslim) \rKehadiran saksi yang jujur memberikan keterangan akan dapat menegakkan keadilan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai orang beriman hendaklah kamu jadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah SWT, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 8) \r\n\n\n\n\rPihak bertanggungjawab sentiasa menjaga keselamatan saksi dan kerahsiaan mereka. Bagaimanapun, itu belum cukup memberi kefahaman untuk menggalakkan masyarakat tampil menjadi saksi. \rJusteru, usaha perlu dilakukan supaya masyarakat faham tanggungjawab untuk tampil memberikan maklumat supaya siasatan dapat dilakukan lebih terperinci dan pada masa sama, masyarakat diyakinkan dengan aspek keselamatan diberikan kepada saksi.\rMereka yang mempunyai maklumat mengenai sesuatu perkara perlu diberi galakan untuk ke depan kerana ada mengambil ringan perkara itu disebabkan tidak mahu menyusahkan diri terutama apabila membabitkan kes mahkamah.\rSelain itu, saksi perlu mengutamakan kebenaran ketika memberikan kesaksian lantaran amaran dan azab Allah SWT bagi sesiapa yang tidak jujur dan benar dalam keterangan sehingga menjadi fitnah atau menzalimi kepada pihak lain. \rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk dalam kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah an-Nur, ayat 19)
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|