CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Khutbah Jumaat: Rasulullah garis empat tahap pendidikan jadi anak salih

[Copy link]
Post time 18-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ANAK anugerah dan nikmat terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Mutiara hati bagi pasangan ibu bapa ini akan menjadi saham dan membawa keuntungan berlipat ganda jika mereka dididik dan dibentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh. \rSebaliknya, jika mereka diabaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang terbiar dan pada masa depan menjadi sampah kepada masyarakat serta negara. Justeru, memiliki anak yang salih serta baik budi pekerti menjadi impian setiap ibu bapa dan keluarga.\r\n\n\n\n\r  Contohnya, kisah Nabi Zakaria yang sudah lanjut usia tetapi belum dikurniakan anak untuk menjadi pewaris keturunannya. Lalu Nabi Zakaria memohon dengan berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan anak yang soleh. \r\r\n\n\n\n\n  Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali-Imran, ayat 38) \rAnak kita sebenarnya dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibarat sehelai kain putih yang suci lagi bersih daripada sebarang kekotoran zahir ataupun batin. Maka, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkan mereka menjadi insan berjaya ataupun tidak. \rSabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan.” (Hadis riwayat iman Muslim) \rMenurut Islam memberi pendidikan kepada anak hendaklah dimulakan sejak awal lagi kerana pada usia sebegini segala nilai yang ditanamkan akan tersemat dalam hati sanubari mereka.\r\n\n\n\n\rIbnu Sina berpesan, katanya: “Ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai yang buruk.”\rRasulullah SAW menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak iaitu anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. \rTahap Kedua, anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab. Tahap ketiga (15 hingga 21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan syariat. \rTahap keempat (usia lebih 21 tahun), hendaklah ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat supaya segala tindakan mereka terkawal.\rIbnu Khaldun membahagikan tujuan pendidikan kepada anak dalam tiga bentuk iaitu mempersiapkan anak dari segi keagamaan, akhlak dan pemikiran.\rIbu bapa tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan beranggapan kita sudah menunaikan kewajipan dan hak anak apabila mereka dihantar ke sekolah. \rIngatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan mereka hidup tetapi memastikan mereka mempunyai prinsip teguh dan jati diri yang kuat. \rOleh itu, pendidikan agama serta menyemai akhlak mulia penting untuk membantu mereka berdepan cabaran masa akan datang. Tanpa prinsip ini ditakuti anak kita mudah terpengaruh pelbagai pemikiran hingga sanggup menggadai prinsip kehidupan mereka.\rMemelihara anggota keluarga daripada ancaman neraka tidak bererti mencegah mereka daripada maksiat. Kita juga mesti bersikap aktif mendidik dan menerapkan nilai murni dalam diri mereka sebagai kubu yang dapat menepis serta menapis pengaruh sekitar yang penuh mencabar.\rCuti sekolah sudah bermula dan ibu bapa hendaklah mengambil peluang ini mengatur program bermanfaat buat anak seperti  menghadiri kem ibadah serta motivasi yang dianjurkan pelbagai pihak. Rancanglah sesuatu supaya cuti sekolah dimanfaatkan sebaiknya. \rJangan biarkan mereka sendiri yang menguruskan masa cuti tanpa sebarang pemantauan atau panduan kerana mutiara hati ini sebahagian daripada amanah Allah SWT yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.\rKhutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.044591 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list