CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Kenapa saya dipertikaikan?

[Copy link]
Post time 18-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kenapa saya dipertikaikan?2011/11/18\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nSIAPA dia untuk menolak apabila syarikat produksi yang menerbitkan filem Libas, MDAG Marketing Sdn Bhd, mengajukan namanya untuk bersaing bagi kategori Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia (FFM) 24 berdasarkan hasil kerja julung kali di layar perak.Kapasiti sebagai Presiden Gabungan Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Induk Festival Filem Malaysia (FFM) 24 tidak sesekali membolehkan Jurey Latiff Rosli masuk campur urusan penghakiman membabitkan juri profesional dari semua bidang.\n\n\n\nJusteru apabila namanya mara sebagai calon akhir, pengarah yang sebelum ini membawa pulang banyak trofi untuk drama dan telefilem di majlis anugerah yang lain hanya menyerahkan kepada yang berhak untuk membuat penilaian. \n\n\n\n\nJika ada individu tidak puas hati bermakna mereka mempertikaikan kredibiliti  barisan juri yang sudah mengangkat sumpah menjalankan tanggungjawab mereka secara telus.“Filem Libas memang layak bertanding kerana memenuhi syarat termasuk menerima tarikh wajib tayang bertepatan dengan syarat. Saya juga bekerja dengan produksi itu, jadi apa hak saya menolak pencalonan ini malah walaupun sudah mengarahkan banyak drama, Libas adalah arahan pertama untuk layar lebar.“Sedikit pun saya serta jawatankuasa lain masuk campur dalam penjurian kerana kita sudah ada juri yang arif. Segala maklumat juga sulit. Bagi saya, mempertikaikan keputusan juri umpama penghinaan terhadap mereka. Walau apa pun saya reda, kita tidak mampu menutup mulut orang. “Saya mengambil tanggungjawab mengepalai penganjuran FFM 24 ini dengan ikhlas.\n\n\n\nTanpa ganjaran, malah kutukan dan kritikan sedari awal menggalas amanah ini juga saya terima dengan hati terbuka. Cuma apabila timbul dakyah mengatakan kemenangan ini berkaitan kedudukan saya dalam FFM 24, ia sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.Menyentuh pemilihan Panggung Anniversari sebagai lokasi majlis perasmian, katanya matlamat asal adalah untuk menarik seberapa ramai penonton dikalangan orang awam namun faktor cuaca mengakibatkan kehadiran mengecewakan termasuk dikalangan orang seni sendiri.Akuinya soal logistik antara punca tidak ramai muncul tetapi dia bukan menyalahkan orang awam sebaliknya agak terkilan apabila penggiat seni sendiri malas untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan untuk menghargai golongan terbabit.“Saya puji Datuk Yusof Haslam serta beberapa wajah lain yang memberi sokongan padu. Datin Paduka Shuhaimi Baba juga hadir, begitu juga Shaheizy Sam dan Liyana Jasmay walaupun nama mereka tiada dalam senarai calon pada malam Anugerah Gemilang Cipta ini.“Kami harap lebih ramai memeriahkan acara malam kemuncak nanti. Kita sudah menyerahkan kad undangan, tetapi tidak boleh memaksa artis untuk hadir. Jika bukan penggiat industri sendiri bersungguh-sungguh, siapa lagi,” katanya.CORAT-CORET1. Tetamu terkejut dengan sikap Raja Azmi yang meninggalkan majlis selepas pengumuman pemenang Pengarah Harapan Terbaik sambil mengomel \'Kelakarlah penganjur FFM boleh menang\'. 2. Persembahan Hip Hop dance yang diselitkan sedikit mengganggu tumpuan penonton yang disajikan konsep imbasan filem lama menerusi lagu yang boleh dianggap sudah cukup bagus.3. Hanya Shaheizy Sam, Liyana Jasmay, Sheera Aiyob serta calon akhir yang kelihatan di kerusi artis selain wajah penerbit yang memberi sokongan padu sedari awal termasuk Datuk Yusof Haslam, Gayatri Su Lin Pillai, Norman dan Edry.4. Selepas majlis berakhir, petugas penganjur juga terus menghilang hingga wakil media terpaksa menguruskan sendiri sesi soal jawab dan mencari pemenang.5. Persembahan pentas agak berterabur dan tidak menggambarkan majlis berprestij gara-gara persembahan yang boleh dianggap tangkap muat.6. Memalukan, apabila salah seorang wakil produksi naik ke pentas tidak memakai kasut ketika menerima sijil penghargaan.7. Walau hujan pada petang sebelum acara berlangsung, cuaca malam lebih sempurna.8. Kemunculan AR Badul sebagai penyampai trofi sedikit sebanyak menceriakan suasana dengan jenaka bersahajanya.9. Khabarnya ada dikalangan artis, penerbit dan penggiat filem termasuk calon akhir yang tidak mendapat kad undangan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.332267 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list