CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

Dengarnya...: Artis bersanding seorang diri

[Copy link]
Post time 18-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
TERKEJUT merak Cik Normah apabila teman bertubuh gebu yang sering menjadi rebutan ramai memberitahu mengenai perkahwinan artis suam-suam kuku tanah air yang paling lawak untuk tahun ini.\rMana tak lawaknya, pukul canang bukan main hebat yang si suami menghadiahkan sebuah banglo, kereta mewah dan macam-macam lagi sempena majlis perkahwinan mereka. Tapi malangnya ketika majlis persandingan, si lelaki tidak ada.\r\n\n\n\n\rMaknanya, artis putih gebu itu bersanding seorang diri kerana suaminya tidak mahu mendedahkan siapa dirinya. Yang membuatkan Cik Normah berasa pelik, si artis sanggup pula bersanding seorang diri. Dia tak fikir apa saudara-mara dan jiran-tetangga akan cakap apabila melihat dia berada di atas pelamin sendirian.\r\r\n\n\n\n\nMacam psiko pun ada juga. Kalau Cik Normahlah menjadi dirinya, tak sanggup Cik Normah bersanding ‘sorang-sorang’... Macam ada yang takkena pula. Saudara-mara mesti bertanya mana suaminya? Entah apa pula jawapan yang dia sediakan untuk pertanyaan sedemikian.\rBila timbul cerita ini, Cik Normah jadi ragu-ragu, betulkah dia memang ada suami atau dia sebenarnya terdesak sangat nak berkahwin. Yang kelakarnya lagi, barang hantaran dia siap ada replika banglo lagi. \rKalau memang benar suami awak tu kaya, tak perlulah menunjuk-nunjuk wahai cik adik. Cik Normah memang naik jelak dengan sesetengah artis kita, apabila mereka seolah-olah berkahwin untuk menunjuk-nunjuk. Majlis siapa paling hebat dan majlis siapa pula paling pelik.\rCik Normah nak nasihatkan artis ini, kalau sudah ambil hak orang, apa kata buat kecil-kecilan saja. Akad nikah, lepas tu buatlah kenduri yang sederhana. Kalau si suami anak jantan dan benar-benar sayangkan awak, kenapa dia tak buat cara jantan? Tonjollah diri tu kalau berani!\r\n\n\n\n\rWalau apa pun Cik Normah tetap mendoakan semoga artis suam-suam kuku ini menemui cintanya yang sebenar dan rumah tangga mereka aman bahagia selamanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.035042 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list