CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Zee Avi buktikan serba boleh

[Copy link]
Post time 21-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Gadis kelahiran Sarawak bersahaja nyanyikan lagu pelbagai bahasaTIDAK melampau jika dikatakan persembahannya setaraf penyanyi antarabangsa lain, kerana sememangnya ramai yang mengakui penampilannya di KL Live, Jalan Sultan Ismail, pada Khamis lalu itu begitu menghiburkan serta memuaskan hati segenap penonton yang hadir.\n\n\n\nBukan sekadar menghiburkan penonton dengan kemerduan suara, bahkan anak jati Sarawak, Izyan Alirahman, 25, atau lebih dikenali dengan panggilan Zee Avi ini cukup berbakat dalam bermain pelbagai alatan muzik tidak kira moden atau pun tradisional.\n\n\n\n\nSebelum ini kita hanya melihat gadis kecil molek ini bermain ukelele, istimewanya malam itu, Zee turut tampil mendendangkan lagu sambil bermain gitar, serunai, gendang dan synthesizer secara bergilir-gilir.Tambah menarik apabila persembahan ini juga diiringi gabungan alatan muzik tradisional dan moden, iaitu sape, alat muzik tradisional masyarakat Sarawak, serta biola dan dram, lantas membuatkan muziknya kedengaran lebih segar dan berbeza dari yang sedia ada.Membuka tirai persembahan, Zee Avi memilih lagu Milestone Moon, lagu yang dipetik daripada album terbarunya, Ghostbird yang diterbitkan di bawah label Amerika Syarikat, Brushfire Records.Kemudian Zee memanaskan persembahan dengan lagu yang jelas menjadi kegemaran peminatnya walaupun lagu itu masih dikira baru, iaitu 31 Days, Swell Window, Just You And Me, Madness dan single terbarunya, The Book Of Morris Johnson, yang membuatkan penonton turut menari bersama.\n\n\n\nLiuk lentok tubuhnya menari di atas pentas secara bersahaja membuatkan penonton turut sama menari sambil menghayati lagu-lagunya. Ternyata Zee mempunyai aura dan tarikan yang tersendiri dalam penyampaian irama jazz yang dialunkan.Selain itu, dia sempat meluahkan perasaan bangganya menjadi anak Malaysia dan tidak pernah lupa tempat kelahirannya walaupun sedang mencipta nama di luar negara, serta Zee terus menghiburkan peminatnya dengan lagu Siboh Kitak Nangis, lagu yang disampaikan dalam dialek Sarawak. Lagu yang menyelitkan unsur etnik bumi kelahirannya ini adalah lagu dialek tempatan yang pertama diselitkan di dalam album antarabangsanya.Idea serta usahanya ini secara tidak langsung mempromosikan keunikan tanah airnya di mata dunia, bukan saja tampil berlainan dengan alatan muzik tradisional bahkan dialek Sarawak turut mampu mencipta keunikan dalam penyampaian muziknya.Seterusnya, peminat bertambah teruja apabila Zee mengalunkan lagu popular yang mengangkat namanya di persada seni, Kantoi, yang mana segenap penonton yang hadir turut bersama-sama menyanyikannya.Malah lagu daripada album pertama yang dialunkan, iaitu Bitter Heart dan Honey Bee, juga mendapat sambutan gemuruh kerana rata-rata ia adalah lagu yang dinanti-nantikan peminat.Tidak sekadar bertutur dalam dialek Sarawak, bahasa Inggeris dan Melayu, Zee juga mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa Cina, seperti yang diperdengarkan menerusi lagu Mama De Yen Ging (Mothers’ Eyes). Kemudian, persembahan dilanjutkan dengan lagu Stay In The Clouds dan diakhiri dengan lagu Roll You Head In The Sun.Dengan petikan gitar, sepu, biola dan pemain dram profesional mengiringi persembahannya, Zee menyampaikan lagu balada yang benar-benar mempamerkan kekuatan vokal, seterusnya menghadiahkan sebuah persembahan yang menghiburkan, tambah lagi dengan kelunakan suara dan melodi romantisnya.Sejurus selesai persembahan di Kuala Lumpur yang dihadiri kira-kira 2,000 peminat itu, Zee Avi ke Pulau Pinang, untuk menghiburkan peminat di sana pada keesokan harinya dan kembali ke tanah air kelahirannya iaitu di Former Dewan Undangan Negeri, Kuching, Sarawak pada 26 November.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.855661 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list