CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

Penerbit sangkal dakwaan

[Copy link]
Post time 23-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Buku remaja dan kanak-kanak terbitan tempatan dapat sambutanPADA Seminar Sehari Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja 2011 baru-baru ini, beberapa pembentang kertas kerja membangkitkan isu kegagalan penerbitan tempatan menerbitkan karya yang mampu menambat hati pembaca kedua-dua kelompok terbabit.\n\n\n\nKegagalan itu mengakibatkan mereka tidak dapat menyumbang ke arah pembentukan jati diri dan budaya bangsa pembaca kelompok terbabit, lebih-lebih pada era globalisasi yang menghambat segala aspek kehidupan manusia tanpa mengira sempadan geografi, bangsa, agama mahupun bangsa.\n\n\n\n\n\nSungguhpun demikian, beberapa penerbit kurang bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan itu memandangkan mereka juga berdepan dengan kekangan, tetapi tidak melupakan tanggungjawab kepada pembaca kedua-dua kelompok terbabit.Pengarah Urusannya, Faiz Al Shahab berkata, maklum balas yang diterima daripada pembaca terhadap karya dalam genre ini adalah baik kerana mereka menggemari kisah tempatan yang berkaitan dengan kelompok terbabit.“Latar tempatan digunakan agar pembaca dapat mengaitkan kehidupan mereka dalam kisah yang dipaparkan, sekali gus menjadikan mesej yang ingin disampaikan lebih mudah diterima secara spontan.“Walaupun sedar potensi karya antarabangsa, namun kami memilih untuk menerbitkan karya dengan latar tempatan kerana ia juga digemari, selain karya antarabangsa sudah banyak diterjemahkan oleh penerbit lain,” katanya ketika dihubungi Sastera.\n\n\n\nKarna-Dya Solution Sdn Bhd (KarnaDya) sudah menerbitkan 120 judul kategori ini seperti Rahsia Bukit Residen, Dol Leman: Misteri Hantu Getah Pengarang, Bagaikan Mimpi, Gelagat Si Kembar, Siri Dina Si Gajah dan Kawan-kawan Orang Utan, Siri Dina Si Gajah dan Alam Air dan Siri Dina Si Gajah dan Kawan-kawan Burung Layang-layang.Baginya, masalah bahan bacaan sastera kelompok remaja dan kanak-kanak oleh penerbit tempatan lebih pada bahan bacaan yang terlalu tinggi bahasanya hingga tidak difahami pembaca dalam kategori ini.Bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS), judul kesusasteraan kanak-kanak dan remaja yang diterbitkannya mengekalkan latar tempatan, walaupun bukan kisah tradisional kerana ia kurang mendapat sambutan.Editor Perolehan PTS, Rafiza Abd Rahman berkata, judul dengan tema tradisional pernah cuba diterbitkan, tetapi terpaksa dihentikan kerana syarikat tidak mahu menanggung risiko apabila ia tidak boleh dipasarkan.“Kami sentiasa cuba mencari judul manuskrip kanak-kanak dan remaja yang terbaik untuk diterbitkan, namun suatu yang pasti judul tradisional dikenal pasti kurang mendapat sambutan daripada pembaca kategori ini.“Sungguhpun demikian kami memastikan judul yang diterbitkan tetap membawa unsur imej tempatan, walaupun kebanyakannya lebih kepada latar umum yang boleh dijumpai walau di mana juga,” katanya.Rafiza berkata, latar belakang umum ini adalah untuk memudahkan aspek pemasaran jika hak penerbitan sesebuah dapat dijual ke luar negara kerana latar belakang kisah bersifat umum lebih mudah diterima di tempat lain.Antara judul kesusasteraan kanak-kanak dan remaja yang diterbitkan PTS ialah Chef Pastri Junior, Mengapa Aku Jadi Pengetua?, Kotak Rahsia Ismah Saya Bukan Aiman, dan Adam Kecil - Debaran Buku Biru.Pengurus Besar, Grup Buku Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf, Sri Diah Shaharuddin pula berpendapat, kanak-kanak perlu dididik dengan karya tempatan kerana ia lebih sesuai dengan kehidupan harian mereka.“Setakat ini judul dalam kategori kanak-kanak dan remaja terbitan Karangkraf mendapat sambutan baik daripada pembaca dan ibu bapa. Oleh kerana itu syarikat tidak menganggap berdepan dengan masalah dalam memasarkan karya dalam kategori ini.   Antara judul dalam genre ini ialah Izad Menjejak Buku Sakti, Kembara Sooty, Zulkarnaik Jadi Hero, Misteri Batu Kristal, The Ghost of Muar Cove dan semuanya dihasilkan pengarang tempatan, selain kisahnya tidak disadur daripada karya antarabangsa.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.647373 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list