CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11367|Reply: 0

[Sabah] Dua lelaki ditahan jual mercun tanpa lesen

[Copy link]
Post time 3-3-2025 09:05 PM | Show all posts |Read mode

TAWAU: Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti menjual mercun tanpa kebenaran di kawasan Pusat Komersial Ba Zhong, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, turut dirampas 60 kotak mercun dipercayai untuk dijual kepada orang awam di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata sebelum itu, pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti penjualan mercun di kawasan berkenaan.

Katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau digerakkan untuk menjalankan operasi di kawasan kaki lima Pusat Komersial Ba Zhong.

“Pasukan polis mendapati terdapat dua lelaki tempatan berusia 26 dan 40 tahun sedang menjalankan aktiviti menjual mercun di lokasi berkenaan.

“Polis turut menemukan 60 kotak mengandungi mercun dipercayai cuba dijual tanpa lesen dan kebenaran,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit bersama barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.


Sumber: Utusan Borneo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.234106 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list