View: 123|Reply: 0
|
Biarlah 'cik abang' jawab
[Copy link]
|
|
SELEPAS mengakui antara mereka ada hubungan istimewa, spekulasi majlis perkahwinan besar-besaran yang dikatakan bakal berlangsung pada Februari depan pula menyusul malah lebih hangat apabila Astro dikhabarkan mendapat hak penyiaran secara ekslusif hari bersejarah itu.\rNamun seperti biasa, baik Yusry Abdul Halim mahu Lisa Surihani mengunci rapat bibir mereka. Kesempatan bertemu si gadis ketika menjayakan aktiviti Aksi Extreme Sofy di sebuah pusat beli belah membuka ruang merungkai persoalan.\r\n\n\n\n\rTampak ceria ditemani ibu tercinta, secara lembut Lisa meminta segala persoalan berkaitan perkahwinan mahu pun isu penyiaran majlis bahagia mereka diajukan kepada buah hatinya.\r\r\n\n\n\n\nMasih enggan mengakui atau menafikan kesahihan perkara itu, Lisa menjelaskan biarlah Yusry yang akan menjawab sebarang kemusykilan namun hanya selepas tamat penggambaran filem terbarunya, Vikingdom, Disember ini.\r“Saya rasa lebih elok sekiranya pertanyaan mengenai perkahwinan kami itu dijawab sendiri Yusry yang sebelum ini sudah berpesan supaya menyerahkan perkara itu (soal perkahwinan) kepadanya.\r“Cuma beri dia minta sedikit masa lagi kerana mahu menyempurnakan dulu penggambaran Vikingdom. Mengenalinya, dalam soal kerja dia memang jenis yang akan menumpukan sepenuh perhatian,” katanya yang kembali dari Turki bulan lalu menjayakan penggambaran filem terbaru, Istanbul Aku Datang.\rTegasnya, bukan mahu berdolak dalih tetapi sebagai wanita adalah kurang manis jika dirinya yang bersuara apatah lagi dia dibesarkan dalam norma masyarakat Timur yang penuh adat dan kesopanan.\r\n\n\n\n\rCuma apabila diajukan pertanyaan mengenai rungutan beberapa pihak yang menyatakan sukar menghubungi kebelakangan ini, dengan tegas pelakon yang menjadi wajah ekslusif Astro itu bersuara sekali gus menidakkan kenyataan terbabit.\rPenyandang gelaran Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) berkata, selama ini sesiapa pun boleh menghubungi MIG Talents & Management atau ibunya dan barangkali situasi seperti itu berlaku ketika dia menjalani penggambaran di Istanbul.\r“Tiada sebab untuk saya mengelakkan diri dengan media. Mungkin ketika itu saya sedang menjalani penggambaran di sana. Namun selepas kembali ke Kuala Lumpur, saya masih boleh ditemui. Macam di majlis seperti ini.\r“Jangan risau, saya masih Lisa Surihani yang dulu. Tidak sedikit pun timbul rasa kecewa atau terkilan sebaliknya menganggap ia sekadar usikan untuk mengingatkan saya,” kata selebriti jelita itu lagi.\rBerbalik kembali ke kisah buah hati, senyumannya terus berbunga menandakan kebahagiaan yang melingkungi kehidupan apatah lagi percintaan mereka mendapat restu kedua-dua keluarga.\rApakah kualiti yang ada pada pengarah Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang membuatkannya dipanah pesona, dengan lancar akuinya kebijaksanaan si jejaka mencairkan hatinya.\r“Kami boleh berbicara apa jua topik. Dia seorang yang menyenangkan dan barangkali kematangan dan kebijaksanaannya antara yang menambat saya. Saya banyak belajar dengannya termasuk kerja belakang tabir,” tambahnya yang beberapa kali ke lokasi Vikingdom.\rMemaklumkan kunjungan itu sebagai dorongan kepada kekasihnya dan pada masa membuka peluang kepada Lisa mempelajari sedikit sebanyak kerja produksi terutama pengarahan.\r“Sebenarnya saya suka dengan tugasan belakang tabir. Bukan bermakna dua, tiga tahun tahun lagi saya mahu menjadi pengarah tetapi ilmu yang kita cedok bermanfaat untuk kerjaya lakonan juga,” katanya lagi yang memaklumkan Yusry memintanya datang sebagai peneman.\rDitanya apakah tempoh perkenalan yang belum pun setahun sudah cukup untuk mereka mengenali hati budi masing-masing apatah lagi dengan status duda yang disandang Yusry? \rDengan tenang, ulasnya sedari awal faktor usia mahu pun tempoh perkenalan bukan penghalang untuk mereka memeterai perhubungan ke fasa selanjutnya, begitu juga dengan sejarah lalu.\rDirinya sendiri pernah melalui hubungan panjang dengan seorang jejaka tetapi takdir menentukan segala-galanya apabila ia terputus di pertengahan jalan tetapi dia redha kerana setiap kejadian punya hikmah tertentu.\rBegitu juga apabila bertemu, mengenali dan berkasih dengan Yusry, kata Lisa sejak awal lagi mereka sudah saling memahami malah tiada sebab untuknya meragui perhubungan mereka hanya disebabkan sejarah perkahwinan Yusry yang lalu.\r“Baik saya mahu pun Yusry, kami enggan mengenang kisah silam. Biarlah sejarah hanya tinggal sejarah. Lagi pun tiada insan yang sempurna dalam dunia ini. Kami menerima antara satu sama lain dengan seadanya.\r“Ya, kami masih di tahap mengenali hati budi. Bagi saya semua ini adalah sebuah proses. Selagi kita bersama orang yang kita sayang, kita tidak akan pernah berhenti untuk terus mengenali dirinya walaupun selepas berkahwin nanti,” katanya penuh bermakna.\rMenyentuh mengenai projek dua filem terbaru bersama KRU Studio, Tingkat 4 dan Ular, Lisa berkata jika tiada aral penggambaran filem terbabit hanya akan dimulakan tahun depan.\rMenegaskan lagi tawaran itu bukan disebabkan perhubungannya dengan Yusry malah watak dalam kedua-dua filem itu nanti adalah bersandarkan kesesuaian.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|