CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Oh! Tidak...

[Copy link]
Post time 1-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Nafi minta bayaran melampau KEHADIRAN Nur Fathia Abd Latiff di dalam arena lakonan, lebih banyak dilingkari cerita busuk daripada kisah kejayaan kerjaya seninya yang baru hendak berkembang mekar.\n\n\n\nDari kisah membaling telefon bimbit ke arah pengarah drama bersiri Stanza Cinta, diikuti kisah tidak memulangkan baju tajaan sehinggalah cerita dia menegur seorang pelakon lebih senior supaya tidak mengganggu seorang jejaka. \n\n\n\n\n\nSemua itu sudah cukup untuk mencalarkan kredibiliti dan namanya dalam dunia yang baru diceburi iaitu sebagai pelakon. Baru-baru ini, nama gadis berusia 24 tahun itu sekali lagi dipalit kontroversi apabila dia dikatakan sudah mula meletak harga yang tidak selari dengan usia bakatnya yang baru setahun jagung.Menerusi ruangan Normah Becok dalam HIP pada Isnin lalu, gara-gara sikap Fathia yang sudah pandai meminta-minta, ada pengarah dan produser pening kerana tidak mampu membayar jumlah dipinta. Kononnya, sebaik mengetahui dirinya menjadi pilihan stesen TV, Fathia menaikkan bayaran lakonannya sekali ganda.\n\n\n\nTerkejut bukan kepalang gadis ini apabila diberitahu kisah itu sudah terpampang di akhbar. Katanya, dia tidak sempat membaca surat khabar kerana terlalu sibuk di lokasi. Nafasnya ditarik panjang, malah nada kecewa jelas kedengaran di hujung talian.Walau sedang sibuk di set penggambaran telefilem Bertaut Kasih, penuntut Ijazah Sarjana Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam ini, tetapi masih sempat meluangkan sedikit masa untuk menjawab panggilan HIP.“Saya sedar kehadiran ke dalam industri ini masih baru dan banyak yang perlu saya pelajari. Saya juga sedar di maha tahap saya, takkan saya mahu meminta bayaran yang melampau.“Sejujurnya saya tidak masuk campur soal bayaran, urusan meletak harga ditentukan pengurus saya, Hisham. Saya terima tawaran daripada produksi itu kerana memikirkan watak ditawarkan berbeza daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini. Tempoh penggambaran pun tak lama cuma empat hari. Jadi saya rasa tidak salah untuk mencuba,” kata Fathia.Bagaimanapun jelas pelakon ini, dimaklumkan syarikat produksi berkenaan tidak mampu membayar harga yang diminta, dia menyangka pengurusnya sudah menolak tawaran berkenaan. Sebaliknya dia masih bertolak ansur dengan mengurangkan sedikit harga, tetapi mereka merayu dikurangkan lagi sehinggalah berpuas hati.“Mungkin tidak puas hati berurusan dengan pengurus, mereka menghubungi saya sendiri untuk berbincang mengenai harga. Tetapi saya tidak boleh buat keputusan sendiri,  apa-apa keputusan harus melalui pengurus. “Kalau saya buat keputusan sendiri bermakna tidak menghormati kerjanya, sedangkan dia diupah untuk lakukan kerja ini,” katanya.Ujar Fathia lagi, harga diletakkan pengurusnya bukanlah terlalu tinggi. Bagi produksi yang sudah biasa bekerja dengannya, memang itulah harga yang biasa diminta. Lagipun katanya, dia perlu membayar khidmat pengurusnya. Sekiranya meletakkan harga terlalu rendah, tentulah tidak berbaloi untuk periuk nasinya.Berbesar hati dalam senarai ABPBH2011 Sebagai orang baru, ujar gadis kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang ini, dia memang memerlukan pengurus yang berpengalaman bagi mengelakkan dirinya dari ditipu. Bagi mengelakkan salah faham juga, Fathia awal-awal lagi sudah memaklumkan perkara itu kepada stesen berkenaan kerana tidak mahu namanya tercemar.“Saya harap orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita itu dapat membetulkan kenyataannya. Saya ada bukti khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada pengurus saya mengenai soal bayaran.“Saya memang tertekan kerana tak sudah-sudah diburukkan. Jika saya ada buat silap, tanya saya sendiri betul atau tidak perkara itu. Janganlah asyik hendak mengaibkan saya. Saya berusaha untuk memperbaiki diri tetapi seolah-olah ada pihak yang tidak senang dengan diri saya. Tapi saya percaya, peminat tahu menilai kebenaran,” katanya.Nurfathia ketika ini adalah antara nama yang tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011). Pencapaian seperti itu sudah cukup membuatkan gadis manis ini berasa amat besar hati.Dia yang mula menempa nama menerusi drama bersiri Hani, tidak meletakkan harapan yang tinggi. Katanya, usia pembabitannya masih setahun jagung, justeru dia tidak menjangka dirinya layak.“Alhamdulillah, saya gembira dengan pencalonan ini tetapi saya tidak meletakkan sebarang harapan kerana diri saya masih baru. Namun saya tetap menganggap diri saya bertuah kerana sudah ada yang mula menyedari kehadiran saya dalam bidang lakonan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.080779 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list