CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Kes raba jadi sebab asingkan penumpang bas ikut jantina

[Copy link]
Post time 2-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Sistem transit TransJakarta di bandaraya ini dilaporkan melancarkan satu program perintis untuk mengurangkan masalah gangguan seksual dengan mengasingkan penumpang wanita dan lelaki dalam bas membabitkan laluan Ragunan-Dukuh Atas sejak minggu lalu.“Kami cuba mengarahkan penumpang wanita supaya berada di bahagian depan, manakala penumpang lelaki di bahagian belakang bas,” kata Ketua Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan TransJakarta (BLU), Muhammad Akhbar yang dipetik media di sini.\n\n\n\n“Kami cuba melindungi penumpang, jadi mereka perlu diasingkan. Apabila bas ini penuh, penumpang akan berasak-asak.”\n\n\n\n\n\nTransJakarta akan membuat penilaian daripada penumpang sama ada untuk meneruskan program terbabit selepas projek perintis itu berakhir, kata Akhbar.“Jika kebanyakan mereka bersetuju kami akan melaksanakan terhadap semua laluan.”Akbar berkata, bilangan kes gangguan seksual terhadap bas TransJakarta tahun ini dilaporkan meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.Kes terbaru membabitkan gangguan seksual dilaporkan membabitkan pelajar sekolah tinggi yang hanya dikenali sebagai IF, ketika dalam perjalanan dari Kampung Rambutan ke Kampung Melayu pada 23 November lalu.Penumpang lelaki dilaporkan sengaja meraba paha dan punggung mangsa. Penumpang lain yang menangkap Ahmad melakukan perbuatan itu membawa suspek ke balai polis Jatinegara di Jakarta Timur.Akbar juga memberitahu, pelaksanaan terbabit masih lagi terhad kepada laluan tertentu dan masa tertentu.“Ia tidak dilakukan secara menyeluruh. Pada masa depan, kami akan melaksanakannya di semua laluan.” – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.107680 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list