CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Afghanistan dilanda krisis kebuluran

[Copy link]
Post time 4-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MAZAR-E-SHARIF: Kira-kira  2.6 juta penduduk Afghanistan kini  berhadapan dengan masalah kekurangan makanan selepas kemarau paling buruk melanda utara Afghanistan sejak sedekad lalu, kata pegawai Afghanistan dan agensi bantuan.\rKebanyakan mereka yang hidup dalam kemiskinan di sebuah negara yang dilanda perang itu, terus hidup dalam keadaan melarat berikutan kemarau yang menjejaskan 14 daripada 34 wilayah di Afghanistan yang semuanya berada di utara.\r\n\n\n\n\r   Kebanyakan perigi sudah kering. Beratus-ratus kanak-kanak dirawat kerana kekurangan   zat makanan. Dalam keadaan terdesak itu kebanyakan keluarga terpaksa menjual ternakan mereka di bawah harga pasaran. Penduduk terpaksa berpindah ke bandar lain untuk mencari makanan, air dan pekerjaan.\r\r\n\n\n\n\n   Kerajaan Afghanistan dan agensi bantuan bertungkus-lumus  membantu penduduk terbabit sebelum salji menutup laluan ke kawasan pedalaman.\rRahmatullah Zahid, koordinator bencana di wilayah Balkh yang teruk dilanda kemarau berkata, beliau tidak bimbangkan mengenai penduduk yang kebuluran sehingga menyebabkan kematian tetapi beliau bimbang bagaimana mereka akan bertahan ketika musim sejuk terutama di kawasan pedalaman. – AP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.327624 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list