CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Negara perlu pelapis Sasterawan Negara

[Copy link]
Post time 5-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEGARA berkemungkinan besar berdepan kemelut kepupusan pelapis Sasterawan Negara (SN) berikutan keghairahan sebilangan pengarang khususnya kelompok muda bereksperimen dengan idea sehingga mengabaikan seni naratif.\rKebimbangan itu disuarakan Penerima Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dan Pengurus Besar Penerbitan Kandungan TV Al-Hijrah, Zainal Rashid Ahmad pada Borak Buku Siri 10 yang menampilkan beliau sebagai panel.\r\n\n\n\n\r“Di Barat, Hadiah Nobel (Kesusasteraan) iaitu penghargaan tertinggi yang diberikan kepada pengarang dari negara yang berjaya menghasilkan karya sastera paling cemerlang, manakala Malaysia, Anugerah Sastera Negara paling berprestij bagi menghargai tokoh sasterawan.\r\r\n\n\n\n\n“Bukan mudah menghasilkan karya bermutu dan memberi kesan kepada pembaca. Tidak kira sama ada ia novel, puisi mahupun cerpen,” katanya pada program di Coffee Bean and Tea Leaf, Stesen Sentral Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rBaginya dari segi konteks penghasilan novel, pelbagai aspek wajar dititikberatkan pengarang kerana perjalanan cerita yang panjang memerlukan setiap plot dipeta dengan sempurna sehingga membolehkan pembaca ‘berimaginasi’ bagi mendapatkan penghayatan.\rBeliau yang memilih buku, Sumpah Tujuh Keturunan terjemahan Mokhtar Ahmad dan Zulkifli Ahmad (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1991) daripada versi bahasa Inggeris, One Hundred Years of Solitude karya penulis tersohor Columbia, Gabriel Garcia Marquez.\r“Saya sangat terkesan selepas membaca karya tersebut kali pertama pada 1993 kerana ‘keajaiban’ naratif pengarangnya sehingga novel realisme magis itu memberi pengaruh besar dalam sastera dunia,” katanya .\r\n\n\n\n\rZainal Rashid mengakui semua orang mempunyai idea, tetapi sebagai pengarang mereka perlu bijak ‘mencairkan’ idea dalam bentuk naratif yang baik agar dapat dicerap minda pembaca bagi memastikan ia dapat dinikmati.\r“Karya Marquez ini hebat kerana keajaiban seni naratifnya sehingga segala peristiwa yang berlaku di Columbia sepanjang tujuh generasi keluarga Buendia memegang Macondo telah dipeta, dihurai dan digambarkan dengan sebaik-baiknya.\r“Pembaca mampu membayangkan situasi yang diceritakan dalam imaginasi pengarang dan tidak hairanlah  Marquez menerima Hadiah Nobel (Kesusasteraan) 1982 keranas keajaiban seni naratif yang terkandung dalam novel itu,” katanya.\rDalam perbincangan ilmiah tapi santai itu, Zainal Rashid yang meluahkan kebimbangan  terhadap sebilangan pengarang yang terlalu taksub meluahkan idea sehingga menenggelamkan seni naratif yang sepatutnya diberi penekanan.\r“Perkara seperti ini biasa berlaku dalam penulisan cerpen. Idea tidak ‘dicairkan’ dalam bentuk seni naratif dengan baik sedangkan pengarang sewajarnya menyerap masuk sebagai makhluk yang bercerita sehingga pembaca berimaginasi dengan setiap perkara yang digambarkan pengarang,” katanya.\rAda baiknya teguran Zainal Rashid difikirkan kelompok yang dimaksudkan kerana hakikatnya negara memerlukan pengarang setara SN Datuk (Dr) A Samad Said, Datuk Dr Anwar Ridhwan, Allahyarham (Dr) Usman Awang dan Allahyarham Keris Mas agar sastera negara terus terpandang.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 1.274129 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list