CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 250|Reply: 0

Jawablah!: Aduka milik Khir

[Copy link]
Post time 7-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Se-Merah Padi sebuah karya, tidak perlu terlalu komersial\rPADA majlis pelancaran pementasan teater Se-Merah Padi bulan lalu, pelakon berkarakter Zul Huzaimy diumumkan sebagai bintang yang bakal membawakan watak Aduka. Mengulas pemilihan Zul, Pengurus Keno Productions dan Penerbit Eksekutif teater itu, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno berkata, bentuk fizikal Zul terutama matanya yang sepet dilihat menyerupai pelakon asal, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, apabila sesi latihan dijalankan, bukan Zul yang dilihat melakonkan watak itu. Sebaliknya pengarah filem ...Dalam Botol, Khir Rahman, yang diberikan tanggungjawab memegang watak terbabit. Pertukaran pelakon itu nampaknya berulang kembali seperti yang pernah berlaku dalam pementasan Sri Mersing apabila Fizz Fairuz diganti dengan pelakon lain.\r\r\n\n\n\n\nApakah pertukaran pelakon itu ada kena mengena dengan perasaan tidak puas hati membabitkan Zul dan pihak produksi mengenai soal bayaran ataupun komitmen? Maklum sajalah, soal bayaran ialah faktor penting terutama jika menggunakan khidmat pelakon komersial dan pernah memenangi anugerah.\rEnggan berteka-teki, Hip menghubungi Keno untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara terbabit. Sambil menafikan pertukaran itu disebabkan berlakunya perselisihan, tegas anak kepada pengarah tersohor Allahyarham Salleh Ghani ini, apa yang berlaku adalah disebabkan Zul terikat dengan projek lain yang sudah dipersetujui lebih awal.\rHip: Khabarnya Zul Huzaimy tidak jadi berlakon dalam teater ini, sedangkan namanya sudah diumumkan kepada khalayak. Boleh jelaskan?\rKeno: Berdasarkan perbincangan awal, Zul memang bersetuju untuk berlakon dalam teater ini. Malah dia juga memberi kebenaran untuk kami umumkan namanya sebagai seorang daripada pelakon Se-Merah Padi. Bagaimanapun selepas mendapat jadual latihan, dia terpaksa menolak tawaran berkenaan atas alasan jadual itu bertembung dengan jadual penggambaran yang sudah dipersetujui. Sebagai sebuah produksi yang mementingkan kualiti, saya amat menitik beratkan soal latihan. Atas alasan itulah saya terpaksa mencari pengganti dan memilih pelakon Khir Rahman untuk membawakan watak Aduka.\r\n\n\n\rHip: Mengapa dia bersetuju jika sudah tahu bakal terbabit dengan komitmen lain?\rKeno: Zul ada meminta maaf kepada pihak kami atas apa yang berlaku. Walaupun dia tidak berlakon dalam teater ini, tapi dia tetap hadir sewaktu sesi latihan sedang berlangsung untuk menunjukkan sokongan. Apapun, saya anggap memang tiada rezeki untuk Zul berlakon dalam teater ini.\rHip: Apa kriteria yang Khir miliki sehingga dia dipilih untuk menggantikan Zul?\rKeno: Selepas Zul menarik diri, saya ada juga menawarkan watak Aduka ini kepada beberapa pelakon yang lebih komersial seperti Aaron Aziz dan juga Remy Ishak. Malangnya mereka juga terikat dengan komitmen lain. Saya pilih Khir kerana kemampuan yang dia miliki untuk membawakan watak Aduka. Saya anggap kesemua pelakon saya seperti Khir, Fauzi Nawawi, Jue Aziz, Opie Zami dan Datuk Baharuddin Omar ialah sebuah pakej yang lengkap. Lagipun saya mahu menjadikan teater ini sebagai sebuah karya dan bukannya atas aspek komersial semata-mata. Lakonan Baharudin dan Opie Zami juga tidak boleh dipertikaikan. Jue pula, sewaktu sesi latihan baru-baru ini, berjaya membawakan watak Dara dengan baik. Dia dapat memberi apa yang kami mahukan. Jadi tidak timbul soal dia dipilih semata-mata kerana kami mahu mengeksploitasi imej seksi yang sering dikaitkan dengannya.\rHip: Faktor komersial adalah perlu jika mahu menarik orang ramai menonton teater, seperti yang dilakukan kebanyakan produksi sebelum ini. Kenapa perlu menongkah arus?\rKeno: Faktor komersial bagi saya lebih kepada rentak muzik yang akan melatari teater ini. Walaupun lagu asal dalam filem Semerah Padi dikekalkan seperti Sekapur Sirih, tetapi muziknya diubah mengikut kesesuaian dan cita rasa masa kini. Namun keasliannya tetap dipelihara. Teater ini ialah adaptasi daripada naskhah milik Seniman Agung, jadi saya rasa tidak perlu terlalu komersial seperti teater lain. Seperti yang saya katakan tadi, saya mahu menjadikan teater ini sebagai karya.\rHip: Kenapa promosi teater ini sangat perlahan?\rKeno: Saya akui publisiti untuk teater ini agak perlahan. Selepas majlis pelancaran, tidak banyak promosi susulan diadakan. Tapi minggu lalu, selama tiga hari iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu, kami ada mengunjungi Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan melakukan sesi promosi di sana. Di situ, saya bertemu dengan blogger UMNO dan meminta bantuan mereka untuk menguar-uarkan teater terbitan saya ini. Saya gunakan pendekatan dengan menjual nama P Ramlee kepada mereka kerana kita tahu pengaruh Allahyarham amat kuat dalam diri masyarakat Melayu. Selain itu saya juga akan pastikan pada malam pratonton media nanti serta malam pertama pementasan, Istana Budaya akan dibanjiri penonton supaya sebaik saja mereka pulang, mereka akan membawakan perkhabaran baik mengenai teater ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.043844 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list