CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106|Reply: 0

Bukan sekadar rupa

[Copy link]
Post time 15-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Adele ketepikan Rihanna, Katy Perry untuk muncul artis terbaikBIARPUN pelbagai imej dan gaya diperkenalkan barisan artis terkenal dunia sepanjang tahun ini, seiring dengan kemunculan produk baru masing-masing, dengan sebahagiannya dilihat begitu pelik serta terlalu seksi, namun tuah nyata menjadi milik penyanyi British, Adele.\n\n\n\nBerbekalkan keikhlasan dalam mencipta muzik serta vokal yang mampu meruntun jiwa, penyanyi ini diangkat sebagai Artis Terbaik oleh Billboard, dek kekuatan yang ditonjolkan olehnya menerusi album berjudul 21, yang dihasilkan bagi meluahkan kekecewaan dalam percintaan, kasih-sayang serta semangat meneruskan kehidupan.\n\n\n\n\nAdele mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan penyanyi wanita pertama, Jumaat lalu, dinobat sebagai artis paling berjaya, dengan album terlaris serta single paling popular, semuanya dalam masa setahun.Selain dirinya, turut berada dalam senarai Top 10 tahun ini ialah Rihanna, Katy Perry, Lady Gaga, Nicki Minaj, Taylor Swift, Justin Bieber, Chris Brown, Lil Wayne dan Bruno Mars.Lagu dengan elemen blues yang penuh berjiwa, Rolling in the Deep, diletakkan pada kedudukan teratas, mengetepikan lagu dansa Party Rock Anthem oleh LMFAO, Firework dan E.T (Katy Perry) serta Give Me Everything (Pitbull).Wanita yang dicalonkan dalam enam kategori Anugerah Grammy baru-baru ini turut diisytiharkan sebagai artis wanita terbaik Billboard. \n\n\nLebih membanggakan, dia juga muncul sebagai artis pertama yang mengungguli tiga carta iTunes, iaitu single paling laris, album paling laris dan Artis Terbaik 2011.Manakala Rolling Stone pula menamakan 21 sebagai Album Terbaik dan Rolling in the Deep pula Single Terbaik untuk tahun ini. Dengan segala pengiktirafan yang diterimanya itu, tentu saja Adele layak digelar pemilik sah kepada tahun 2011 dalam dunia muzik. Dia mengeluarkan album terbabit pada Februari tahun ini, dan selepas 11 bulan, 21 sudah pun terjual hampir 13 juta unit, menjadikannya album paling laris di seluruh dunia sepanjang tahun ini. Tanpa perlu menonjolkan imej pelik dan mendedahkan tubuh, sebaliknya hanya berbekal bakat, serta kemampuan membuatkan sesiapa saja yang mendengar lagunya mengalirkan air mata, Adele utuh menguasai persada seni muzik.Dengan segala pencapaian itu, bagaimanapun, Adele seakan hidup dalam kurungan sejak akhir-akhir ini. Selepas menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan dari tekaknya, dia tidak dibenarkan bercakap selama berminggu-minggu, apatah lagi untuk menyanyi. Keadaan itu sememangnya kurang disenangi penyanyi dengan personaliti menarik ini.Pentingkan privasiMENGENALI lebih dekat penyanyi ini, dia sebenarnya begitu memuja keluarganya dan menganggap mereka ialah pendorong utama ke atas kejayaan yang dikecapi. Namun begitu, Adele enggan mencampur adukkan kerjaya dengan kehidupannya di rumah.Katanya, dia tidak pernah membabitkan keluarga dalam soal karier, namun mereka sentiasa menyokong minat dan kerjayanya itu, sejak awal lagi. “Saya rasa, mereka juga tersekat dengan kejayaan saya, sebagai mana saya berasakannya. Saya tidak bertanya kepada insan yang saya sayangi, mengenai perasaan mereka terhadap semua kejayaan ini. Banyak lagi benda yang kami hendak sembang setiap kali kami bertemu,\"爇ata Adele.Biarpun dia dilimpahi kejayaan demi kejayaan, tetapi Adele dilihat masih bergerak umpama seorang artis indie. Malah personalitinya juga tidak berubah sejak dilimpahi kemasyhuran.“Saya bermula dengan label indie di United Kingdom, sebelum saya bernaung dengan Columbia di Amerika Syarikat. Apa yang saya suka mengenai artis dan label indie ialah, mereka tidak melakukan semua perkara sekali gus. Memanglah, sebabnya mereka tidak mempunyai pengaruh dan tidak berpeluang untuk berbuat begitu.\"Namun, mengapa pula artis ternama perlu melakukan semua sekali? Dalam soal ini, kawalan kualiti amat penting. Jika saya melakukan semuanya, nilai seni dan muzik saya akan jadi cair. Persembahan dan temubual dapat diikuti dengan segera di mana-mana saja pada hari ini dengan kewujudan YouTube, YouTube, Twitter, Facebook dan blog. \"Saya tentunya akan terlebih pendedahan jika saya menerima setiap persembahan di TV dan muncul di semua muka depan majalah. Saya tidaklah mengubah cara dan gaya hidup saya, sebaliknya ia sememangnya begitu. Saya juga cuma melakukan sesuatu yang saya gemari, seperti menjayakan program TV yang saya tonton dan beraksi untuk penerbitan yang saya baca. Saya takkan melakukan sesuatu perkara semata-mata kerana saya harus begitu begitu, hanya untuk melariskan album,\" katanya.Bercakap soal dirinya yang tidak berubah itu juga Adele memberitahu, kerjaya bukan kehidupannya, kerana dia tidak membawa pulang semua perkara berkaitan karier ke rumah.“Walaupun banyak benda yang tidak berubah, namun sudah tentu saya amat teruja dengan sambutan peminat terhadap album kedua saya itu. Sama juga seperti saya teruja kalau berjumpa dengan artis yang saya puja. Ketika yang sama, ia juga menyekat saya. Saya lebih rela pulang ke rumah dan rakan-rakan mentertawakan saya, daripada hadir ke majlis yang dipenuhi bintang ternama, sekadar untuk berlaga bahu dengan orang yang mengenali saya, tetapi saya tidak kenal mereka. Dalam hal ini, saya masih lagi artis senarai bawahan,\"爑jarnya.Satu perkara yang membezakan dirinya dengan artis tersohor lain, hidup Adele tidak banyak dispekulasi. Dia akui cerita sedemikian akan menambahkan profil seseorang artis, namun dia berasa bertuah kerana tidak termasuk dalam kelompok itu.“Lagipun saya sudah menceritakan segala-galanya dalam album. Saya seorang yang amat mementingkan privasi, pada masa sama saya seorang yang jujur,\" akui penyanyi yang mencipta hampir keseluruhan lagu yang dirakamkan olehnya dalam album 21.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.366335 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list