View: 129|Reply: 0
|
Iran tawan 7 pesawat intipan Amerika, Israel
[Copy link]
|
|
Tehran rancang pamer peralatan pengintipan ciptaan dua seteru ketat kepada duniaTEHRAN: Iran sudah menawan empat pesawat kawalan jauh Israel dan tiga milik Amerika Syarikat setakat ini dan merancang untuk mempamerkan peralatan pengintipan ciptaan dua musuh ketatnya pada masa depan.\n\n\n\n Sumber memberitahu media di sini, pesawat rejim Zionis itu menceroboh ruang udara sempadan timurnya manakala pesawat Amerika menceroboh sebelah timur atau selatannya.\n\n\n\n\n\n Malah, wartawan dan duta asing juga akan dibenarkan mengunjungi dan melihat sendiri pesawat berkenaan, lapor Tehran Times yang memetik laporan dari agensi berita Nasim.Selain itu, bagi membuktikan keupayaannya mencipta pesawat pengintip, Iran juga akan menunjukkan kepada dunia pesawat ciptaannya di pameran yang sama.Beberapa negara dilaporkan sudah meminta kebenaran Iran untuk memeriksa pesawat itu. Pesawat pengintip asing paling canggih ditawan oleh Iranialah RQ-170 Setinel milik Amerika. Kejayaan angkatan tentera Iran itu diumumkan pada 4 Disember lalu.RQ-170 Sentinel digelar \'Beast of Kandahar\' kerana banyak digunakan di kawasan utama Taliban di Afghanistan. Televisyen Iran menyiarkan pesawat berkenaan yang ditawan itu pada 8 Disember lalu.Pesawat itu memasuki Iran dari timur Afghanistan. Sekalipun ditawan, Amerika akan terus menggunakan pesawat berkenaan dalam misinya di sempadan Iran-Afghanistan, kata Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta ketika diwawancara Fox News, 13 Disember lalu.Pada 2 Januari lalu, pemerintah tentera udara Pengawal Revolusi Iran, Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh, mengumumkan kejayaan tentera Iran menawan dua pesawat pengintip asing tetapi tidak memberitahu bila dan lokasi kejadian.\"Tentera mereka (negara Barat) melakukan tindakan agresif terhad terhadap Iran dan kami menembak jatuh beberapa pesawat pengintip canggih mereka. Kami tembak jatuh dua pesawat berkenaan.\"Kami sering bertempur dengan pesawat pengintip dan pemantau musuh,\" kata Hajizadeh ketika itu sambil memaklumkan pakar Iran sudah meniru dan menghasilkan pesawat seperti yang ditembak jatuh itu.Pada Jun lalu, Hajizadeh mengumumkan bahawa pakar Russia sudah memeriksa dua pesawat pengintip itu milik Amerika. Katanya, pakar Russia juga meminta kebenaran Iran untuk memeriksa lokasi tempat ia ditembak jatuh. - Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|