CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Amerika ceria henti jajah Iraq

[Copy link]
Post time 19-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengunduran selesai jam 7.38 pagi\rSEMPADAN KUWAIT: Kumpulan terakhir tentera Amerika Syarikat keluar dari Iraq dan memasuki Kuwait semalam menandakan berakhirnya penjajahannya di negara Teluk itu hampir sembilan tahun atas alasan Presiden Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar (WMD) selain membantu pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, sesuatu yang kemudian terbukti tidak benar.\r\n\n\n\n\rSebanyak 110 kenderaan membawa 500 askar Amerika daripada Briged ke-3, Divisyen Berkuda Pertama melintasi sempadan pada 7.38 pagi waktu tempatan, meninggalkan hampir 200 askar yang mengawal kedutaannya di Baghdad.\r\r\n\n\n\n\nPada satu masa, 170,000 askar Amerika berada di 505 markas tentera di seluruh Iraq. Pengunduran kumpulan terakhir itu menamatkan perang yang mengorbankan beratus-ratus ribu penduduknya selain hampir 4,500 askar Amerika selain menyebabkan 1.75 juta lagi kehilangan tempat tinggal.\r“Saya berasa bagus sekali keluar dari Iraq. Perang agak lama, tiba masa untuk pulang sekarang,” kata Sarjan Duane Austin.\rSeorang ibu empat anak, Umm Mohammed, bagaimanapun, berkata: “Kami tidak dapat maafkan sama sekali Amerika atas apa yang mereka lakukan ke atas kami.”\rBaghdad yang kini dikuasai pemimpin Syiah dan Washington menandatangani perjanjian pada 2008 bahawa pengunduran tentera akan tamat tahun ini. Tahun lalu, Amerika mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan, tetapi mengekalkan 50,000 askarnya di Iraq.\r\n\n\n\rSelain itu, Kedutaan Amerika juga mempunyai 157 askar yang akan ditugaskan melatih tentera Iraq manakala sekumpulan Marin bagi melindungi misi diplomatik itu.\rPengunduran fasa terakhir itu berlaku ketika Iraq terus dilanda kebuntuan politik selepas blok parti Sunnah memutuskan untuk memulaukan Parlimen menyebabkan Perdana Menteri, Nuri al-Maliki bertindak menyingkirkan seorang timbalannya yang juga daripada puak Sunnah. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039072 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list