CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

AS isytihar Taliban bukan lagi musuh

[Copy link]
Post time 21-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Pentadbiran Obama beri isyarat  sedia berdamai dengan bekas pemerintah Afghanistan\rWASHINGTON: Amerika Syarikat menyifatkan pergerakan Taliban bukan musuh negara itu, pengumuman yang dilihat sebagai langkah terbaru pentadbiran Presiden Barack Obama berlembut dengan kumpulan itu, pemerintah Afghanistan sebelum tragedi 11 September 2001 (9/11).\r\n\n\n\n\r“Taliban bukannya musuh kita. Itu amat perlu difahami. Tiada satu pun kenyataan yang pernah dibuat Presiden mengatakan mereka adalah musuh kita kerana dasar itu mengancam kepentingan Amerika.\r\r\n\n\n\n\n“Malah, jika Taliban boleh menumbangkan kerajaan sekarang yang bekerjasama dengan kita menghalang pihak jahat melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan Amerika, ia memang satu masalah.\r“Jadi, ada perkara di sini iaitu terus menekan al-Qaeda dan memusnahkan mereka. Kedua, letakkan kerajaan dalam kedudukan cukup teguh supaya dapat berunding dan tidak boleh ditumbangkan oleh al-Qaeda,” kata Naib Presiden Amerika, Joe Biden, dalam satu temubual dengan majalah Newsweek.\rBeliau berkata, pada sama sama cuba Washington akan memastikan Taliban bergerak mengikut sebab tertentu sambil menerima untuk tidak terbabit dengan al-Qaeda atau pertubuhan lain yang mereka lindungi untuk merosakkan kepentingan Amerika dan sekutunya.”\rSetiausaha Akhbar Rumah Putih, Jay Carney, yang menyokong kenyataan Biden, berkata Naib Presiden Amerika itu tidak kesal dengan apa yang disuarakannya. \r\n\n\n\r“Kita tidak menceroboh Afghanistan. Kita tidak hantar tentera ke Afghanistan kerana pemimpin Taliban berkuasa. Mereka pernah berkuasa. Kita bertindak menyerang Afghanistan kerana pergerakan al-Qaeda melancarkan serangan ke atas Amerika dari negara itu.\r“Itulah yang dimaksudkan Biden dan ia berkaitan dengan proses perpaduan yang saya sedang bincangkan iaitu Taliban ketika kita memerangi mereka, penghapusan Taliban bukan isu di sini,” katanya.\rCarney berkata, objektif yang digariskan Biden apabila membincangkan strategi Afghanistan jelas menunjukkan prinsip nombor satu ialah mengenakan tekanan untuk mengalahkan al-Qaeda selain membantu menstabilkan negara itu.\rDalam temubual berkenaan, Biden juga mengakui bahawa pemimpin Amerika dan Afghanistan terbabit dalam proses ke arah berdamai.\r“Sama ada ia berjaya atau tidak, itu satu persoalan lain,” katanya. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.049507 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list