CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Benigno Aquino isytihar bencana

[Copy link]
Post time 21-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Banjir akibat taufan ragut 957 nyawa\rILIGAN: Presiden Filipina, Benigno Aquino, mengisytiharkan bencana melanda negara semalam selepas banjir kilat dan tanah runtuh disebabkan taufan mengorbankan hampir 1,000 penduduk selain menyebabkan puluhan ribu  kehilangan tempat tinggal.\r\n\n\n\n\r   Agensi bencana negara itu berkata, 957 penduduk terkorban dan 49 hilang, dengan kebanyakan kematian membabitkan bandar Cagayan de Oro, Mindanao.\r\r\n\n\n\n\n   Benigno mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa di dua bandar yang terjejas teruk akibat banjir itu kerana membawa lumpur dan kayu balak menuruni pergunungan ketika penduduk yang tinggal dekat sungai dan tepi pantai, masih tidur pagi Sabtu lalu.\r“Paling utama  memindahkan penduduk ke kawasan yang tidak memberi bahaya,” kata Benigno.\rDalam mesyuarat dengan pihak berkuasa di Cagayan de Oro, beliau juga berazam untuk  menghalang tragedi sama berulang.\rAgensi bencana itu memberitahu, lebih 338,000 penduduk di 13 wilayah terjejas akibat bencana itu, dengan hampir 43,000 masih berada di pusat pemindahan.\r\n\n\n\rLebih 10,000 rumah rosak akibat Taufan Washi dan banjir kilat, hampir satu pertiga musnah sepenuhnya.\rKebanyakan sekolah, jalan dan jambatan turut rosak teruk. Jurucakap Benigno, Ricky Carandang, berkata pengisytiharan bencana negara akan membenarkan kerajaan untuk capaian dana lebih besar bagi bantuan dan pemulihan.\rCagayan de Oro dan Iligan masih berusaha menghalang penyebaran penyakit di pusat pemindahan penuh sesak dan mula menggali kubur untuk menanam mayat yang mula reput.\rSeorang pegawai bantuan dan organisasi perkembangan Kristian berpusat di Britain, World Vision berkata penduduk berebut mendapatkan tempat di pusat pemindahan itu.\r“Ia begitu sesak, hampir tiada ruang lagi untuk mangsa lain,” kata pegawai kumpulan John Salva kepada televisyen ANC.\r“Penyakit mula muncul. Ia benar-benar satu pergelutan untuk menguruskan pusat pemindahan itu, bekalan air pula tidak mencukupi, begitu juga makanan,” katanya.\rRumah mayat tidak berupaya menampung jumlah mayat dan pihak berkuasa mula menggali kubur untuk menanam mangsa.\rBiro Perlombongan dan Geosains kerajaan (MGB)  memberi amaran kepada pihak berkuasa di kawasan itu tahun lalu mengenai keperluan memindahkan keluarga yang tinggal di  tebing sungai yang melimpah selepas jumlah hujan selama sebulan turun hujung minggu lalu.\r“Tragedi  di Cagayan de Oro akan berulang. Justeru, ada keperluan membuat persediaan wajar bagi mengelak lebih ramai mati,” kata Leo Jasareno, pemangku pengarah MGB dalam temuramah televisyen. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047833 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list