CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Penumpang raba pramugari SIA

[Copy link]
Post time 21-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Ukraine didakwa mencabul seorang pramugari syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) sebanyak tiga kali dalam pesawat republik itu pada bulan lalu.\rPengurus jualan Sierkov Sergii, 35, dituduh meraba punggung pramugari berusia 34 tahun itu dua kali dan sekali pada bahagian payu dara mangsa, 15 November lalu.\r\n\n\n\n\r   Kejadian dalam penerbangan dari Moscow ke republik ini berlaku ketika pesawat berada di ruang udara Thailand antara jam 4.15 pagi dan 4.18 pagi.\r\r\n\n\n\n\n   Sergii yang bekerja di Kota Singa diwakili peguam Desmond Tan. Kelmarin adalah kemunculan keduanya di mahkamah. Satu lagi prosiding sebelum perbicaraan dijadualkan Jumaat ini.\rJika didapati bersalah, Sergii boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, didenda, dirotan atau mana-mana dua hukuman terbabit.\rDalam satu kes lain, seorang remaja berusia 19 tahun didapati bersalah kerana meniru pas juru terbang SIA dan menggunakannya untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma di klinik Raffles Medical Group Lapangan Terbang Changi sebanyak lima kali.\rJumaat lalu, sebuah mahkamah daerah mengenakan hukuman berkelakuan baik selama 18 bulan. Remaja itu mengaku bersalah atas tuduhan memalsukan pas dan menipu, bulan lalu. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.045725 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list