View: 171|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Perangkaan kukuh AS lonjak pasaran
[Copy link]
|
|
Bon Sepanyol tingkat sentimen pelabur\rPASARAN saham Asia melonjak semalam dirangsang pengumuman perangkaan perumahan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta terbitan bon oleh Sepanyol yang berjaya meningkatkan sentimen perniagaan dan pengguna di Jerman.\r\n\n\n\n\r Peniaga dilihat berjaya mengatasi kebimbangan sejak awal minggu ini susulan berita kematian pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-Il, yang meninggalkan negara bersenjata nuklear itu dalam keadaan tidak menentu.\r\r\n\n\n\n\n Bursa Saham Tokyo naik 1.48 peratus, atau 123.50 mata kepada 8,459.98 dan Seoul melonjak 3.09 peratus atau 55.35 mata kepada 1,848.41, manakala Sydney bertambah 2.13 peratus atau 86.4 mata untuk ditutup pada 4,139.5.\rPasaran saham Hong Kong meningkat 1.86 peratus atau 336.25 mata dengan mengakhiri dagangan pada 18,416.45 tetapi Shanghai menurun 1.12 peratus atau 24.78 mata kepada 2,191.15.\rPeniaga serantau diberikan petunjuk yang kukuh oleh pasaran Wall Street, yang mana Indeks Dow Jones meningkat sebanyak 2.87 peratus kelmarin iaitu rali paling kukuh dalam tempoh empat minggu selepas perangkaan rasmi yang diumumkan mengenai perumahan baru melonjak 9.3 peratus pada November.\rPeningkatan itu adalah yang terbesar dicatatkan sejak April 2010 apabila kredit cukai, yang telah tamat tempoh terus memacu jualan.\r\n\n\n\rPerangkaan itu disusuli dengan satu siri pengumuman menggalakkan dari Eropah.\rDi Jerman, dua petunjuk ekonomi utama menunjukkan prestasi lebih baik daripada jangkaan.\rInstitut Penyelidikan Ekonomi di Jerman, berkata ia melihat indeks sentimen perniagaan adalah di luar jangkaan bagi bulan kedua berturut-turut, manakala satu kaji selidik berasingan menunjukkan tahap keyakinan pengguna juga kukuh di sebalik krisis hutang Eropah yang berlarutan. \rBerita gembira dari Sepanyol yang mana akan menerima tampuk pemerintahan baru, bakal menikmati satu lagi terbitan bon dengan penjualan sebanyak 5.640 bilion euro (AS$7.4 bilion) bagi hutang jangka pendek, lebih banyak daripada yang dirancangkan sebelum ini.\rBank Pusat Eropah juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur apabila berkata ia akan menyediakan pinjaman tiga tahun dengan kadar faedah rendah bagi bank yang berdepan tekanan kerana cuba menangani potensi krisis kredit dan kemelesetan. \rDalam pasaran mata wang dolar Amerika Syarikat berada paras 77.75 yen berbanding 77.89.\rBagi pasaran minyak mentah, kontrak utama New York, minyak mentah light sweet bagi penghantaran Februari, meningkat 94 sen kepada AS$98.18 setong dan minyak mentah Brent North Sea juga bagi penghantaran Februari adalah 54 sen lebih tinggi pada paras AS$107.27.\rHarga emas didagangkan pada AS$1,630.77 seaun berbanding AS$1,604.25 seaun kelmarin.\rDi pasaran lain, Taipei naik 4.56 peratus atau 303.84 mata kepada 6,966.48, sementara Manila ditutup 0.61 peratus lebih tinggi, menambah 26.70 mata kepada 4,368.88.\rPasaran saham Wellington pula naik 0.66 peratus, atau 21.05 mata kepada 3,223.08. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|