CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

14 letupan bom gegarkan Iraq

[Copy link]
Post time 23-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Hampir 250 maut, cedera serangan terhadap kawasan penduduk Syiah\rBAGHDAD: Sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh manakala hampir 250 lagi cedera dalam satu siri serangan bom di Iraq, ketika krisis politik kian memuncak apabila Naib Presiden, Tareq al-Hashemi didakwa mengendalikan skuad pembunuh, manakala Perdana Menteri, Nuri al-Maliki   memberi amaran beliau bersedia keluar daripada perjanjian perkongsian kuasa.\r\n\n\n\n\rLetupan bom yang berlaku hampir serentak di ibu negara Iraq itu dan pembunuhan lima orang daripada sebuah keluarga di wilayah Diyala, adalah isyarat pertama keganasan ketika pertelagahan mengancam perkongsian kuasa politik rapuh, manakala ketegangan puak semakin meningkat hanya beberapa hari selepas Amerika mengundurkan tenteranya.\r\r\n\n\n\n\nJurucakap Kementerian Kesihatan, Ziad Tariq, berkata seramai 57 orang terbunuh dan hampir 250 cedera dalam 14 letupan bom. Bagaimanapun, seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri yang enggan mendedahkan namanya berkata, 63 orang maut dan 185 lagi cedera.\rBeliau berkata, serangan berlaku di kawasan Allawi, Bab al-Muatham, daerah Karrada di tengah Baghdad, Adhamiyah, Shuala dan kejiranan Shaab di bahagian utara, Jadriyah di timur, Ghazaliah di barat dan Al-Amil serta Dura di  selatan.\rKeluarga lima orang yang dibunuh di Diyala, iaitu ibu, bapa, dua anak perempuan dan seorang lelaki dilaporkan ditembak kumpulan bersenjata tidak dikenali semalam.\rBapa terbabit bersama anak lelakinya, adalah anggota puak militia Sunnah, anti-al-Qaeda dikenali Sahwa yang menyebelahi tentera Amerika pada akhir 2006 bagi membantu menangani pemberontakan.\r\n\n\n\rSerangan kali ini, yang paling buruk dalam tempoh empat bulan, kebanyakannya menyasarkan kejiranan puak Syiah dan berlaku pada waktu pagi ketika orang ramai bergegas ke tempat kerja.\rKeganasan berlaku ketika ahli politik Iraq terus bertelagah, membabitkan waran tangkap ke atas Hashemi manakala Maliki mendesak pihak berkuasa Kurdis menyerahkan pemimpin Arab Sunnah terbabit. \rMaliki juga menggesa Timbalannya, Saleh al-Mutlak, dipecat selepas beliau didakwa menyifatkan pemimpin daripada puak Syiah itu sebagai diktator.\rHashemi menafikan dakwaan itu dan bertegas beliau bersedia menghadapi perbicaraan dengan syarat ia diadakan di wilayah puak Kurdis.\rSementara itu,  Speaker Parlimen, Osama al-Nujaifi mengecam serangan itu dan menyifatkannya sebagai cubaan ‘menjejaskan perpaduan negara.\rParlimen memanggil satu mesyuarat tergempar pemimpin politik esok, yang juga hari cuti dan solat Jumaat bagi umat Islam.\rUtusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Baghdad,  Martin Kobler mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan itu dan menegaskan pemimpin Iraq mesti ‘bertindak segera’ dengan penuh tanggungjawab dan semangat perpaduan.\rAnggota keselamatan segera mengepung kawasan serangan, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, manakala kenderaan ambulans dikejarkan ke lokasi. Helikopter juga dilihat berlegar di udara.\r“Penyerang tidak menetapkan mana-mana institusi atau kedudukan keselamatan sebagai sasaran diserang, sebaliknya menyasarkan kanak-kanak sekolah, pekerja dan agensi antirasuah. Terlalu awal untuk mendakwa mana-mana pihak,” kata jurucakap keselamatan,  Mejar Jeneral Qassim Atta, yang menambah berpuluh-puluh serangan berlaku di Baghdad. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.256739 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list