View: 153|Reply: 0
|
Konspirasi guling Kerajaan Pakistan
[Copy link]
|
|
Gilani gusar kesan memo minta tentera bertindak\rISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani menegaskan, wujud konspirasi untuk menumbangkan kerajaannya, kenyataan yang memberi isyarat paling jelas kebimbangan pemimpin itu bahawa beliau mungkin digulingkan.\r\n\n\n\n\rGilani berkata demikian ketika Mahkamah Agung bersidang sekali lagi untuk memutuskan sama ada siasatan rasmi perlu dilakukan membabitkan satu memo rahsia didakwa ditulis dan diluluskan presiden meminta bantuan Amerika untuk mengurangkan kuasa tentera.\r\r\n\n\n\n\nSpekulasi bahawa Presiden Asif Ali Zardari mungkin dipaksa meletak jawatan berikutan penyakit dan teka teki mengenai memo sulit itu semakin bertiup kencang, walaupun beliau sudah kembali daripada menerima rawatan di sebuah hospital di Dubai.\r“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa wujud konspirasi untuk menjejaskan kerajaan. Bagaimanapun kami akan terus berjuang demi hak rakyat Pakistan, tidak kira sama ada kami kekal dalam kerajaan atau tidak,” katanya pada satu perhimpunan di Galeri Seni Kebangsaan. Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang terbabit.\rGilani dan Zardari setakat ini berjaya menangkis satu siri skandal dan gesaan ke atas kerajaannya agar meletak jawatan, selepas Parti Rakyat Pakistan (PPP) menang pilihan raya 2008.\rWalaupun pilihan raya dijangka tidak akan diadakan sebelum Februari 2013, kalangan pemerhati politik meramalkan bahawa pilihan raya akan diadakan pada 2012.\r\n\n\n\rSetakat ini, tiada pemimpin awam berjaya menamatkan penggal penuh pemerintahan negara itu.\rTentera mempunyai pengaruh yang besar dalam politik Pakistan dan terbabit dengan pemerintahan negara itu sejak perpisahannya dengan India.\r“Mereka adalah tentera yang berdisiplin dan mematuhi perlembagaan. Mereka ditadbir oleh kerajaan dan akan kekal di bawah kerajaan,” kata Gilani yang turut mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri Pakistan paling lama bertahan iaitu 45 bulan.\rBekas Perdana Menteri Nawaz Sharif, minggu ini meningkatkan tekanan kepada kerajaan dengan mendesak pilihan raya diadakan dalam tempoh 90 hari.\rSidang Mahkamah Agung ditangguhkan hingga esok, sebelum memutuskan sama ada siasatan perlu dijalankan, membabitkan memo rahsia yang didakwa ditulis penasihat paling rapat Zardari bagi meminta bantuan Amerika.\rDuta Pakistan ke Washington, Hussai Haqqani yang diarah meletak jawatan berikutan skandal itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|